Wednesday, March 11, 2015

KEBURUKAN TIDUR MELEBIHI 8 JAM SEHARI

Tidur merupakan satu keperluan lantaran badan manusia berehat sepenuhnya seketika melelapkan mata. Namun tidur melebihi lapan jam boleh mendatangkan masalah kesihatan.Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Cambridge, individu yang tidur melebihi lapan jam sehari berisko mengalami serangan strok.Para penyelidik menjalankan kajian terhadap tabiat tidur 10,000 orang yang berusia 43 hingga 81 tahun di United Kingdom.Memetik jurnal Neurology yang berdasarkan hampir sedekad laporan susulan, sebanyak 346 kes strok terjadi kepada golongan dewasa yang tidur lebih daripada lapan jam pada sebelah malam. Dianggarkan golongan ini 46 peratus lebih mudah diserang strok berbanding mereka yang tidur enam hingga lapan jam sehari.Siaran akhbar Eureka Alert merangkumkan risiko terbabit adalah empat kali lebih besar apabila seseorang itu tidur kurang daripada enam jam pada awal kajian dan beralih kepada tidur lebih lapan jam apabila meningkat usia.Kajian tersebut disesuaikan dengan beberapa faktor termasuklah umur dan jantina. Akhbar Los Angeles Times melaporkan wanita akan lebih dilanda risiko strok jika berumur 63 tahun dan ke atas serta tidur dengan kadar berlebihan.Meskipun begitu, para pengkaji masih tidak dapat memutuskan sama ada durasi tidur adalah penyebab utama berlakunya strok di kalangan warga emas.
=====================================================================

AL HAQ (2)
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ

Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga