Saturday, August 22, 2015

JENIS VITAMIN BAIK UNTUK KULIT

Orange



Umum mengetahui bahawa teknik penjagaan kulit tidak hanya terbatas pada produk penjagaan wajah, tetapi juga gaya hidup sihat seperti senaman, tidur yang mencukupi dan tabiat pemakanan berkhasiat termasuklah makanan tambahan seperti vitamin. Namun tahukah anda bahawa vitamin juga terkandung dalam produk kecantikan? Ya, sapuan produk penjagaan kulit di wajah yang sarat vitamin bertindak seakan nutrisi yang dibekalkan dari luar, seterusnya membangkitkan lagi seri. Ketahui jenis vitamin yang baik untuk kulit anda.
 
1. Vitamin C
Kandungan Vitamin C kebiasaanya boleh didapati di dalam produk pelembab. Ianya berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai ejen anti penuaan. Kulit juga ternyata lebih licin dan lembut. Melalui pemakanan pula, buah betik, strawberi, nanas dan brokoli adalah pilihan yang sarat Vitamin C selain dari oren. Pengambilan makanan kaya vitamin ini dikatakan menambah keberkesanan pelindung sinar yang disapu pada kulit dengan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya matahari yang panas dan juga membantu dalam penyembuhan luka badan.
 
2. Vitamin E
Vitamin ini berkesan dalam membekalkan kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV. Ianya boleh didapati dalam produk pelindung sinar. Sebuah kajian yang dijalankan mengatakan Vitamin E yang disapu pada kulit membantu mengurangkan kekeringan, kemerahan serta bengkak akibat pendedahan sinaran UV. Ianya turut menghalang proses penuaan kulit pra-matang. Kekacang, avokado dan sayur bayam adalah antara makanan yang sarat Vitamin E.
 
3. Vitamin A
Jika anda mahu menghentikan usia dan inginkan wajah tampak muda remaja, Vitamin A berkesan dalam melawan kedutan dan melicinkan noda kasar di muka melalui teknik pengelupasan. Ianya boleh didapati dalam krim malam dan losen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya Vitamin A.
 
4. Vitamin B3
Terbukti berkesan dalam mengurangkan kemerahan kulit serta pigmentasi dan mengurangkan bintik hitam. Vitamin B3 yang kebiasaanya boleh didapati dalam produk seperti krim atau losen wajah dan serum meningkatkan pengeluaran sel ceramide dan asid lemak yang merupakan komponen utama dalam melindungi kulit secara luaran. Menurut kajian yang dijalankan di Australia, pengambilan vitamin ini secara berterusan sehingga setahun mampu mengurangkan risiko kanser kulit. Masukkan daging ayam dalam menu seharian kerana ianya penuh dengan Vitamin B3.
 
5. Vitamin K
Masalah lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan pengambilan vitamin ini melalui sapuan krim mata yang kebiasaannya terkandung Vitamin K. Ianya turut berkesan dalam menghilangkan parut malahan digunakan secara meluas oleh pakar perubatan untuk merawat pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan. Sapuan krim yang mengandungi Vitamin B3 juga boleh merawat kulit kusam tidak sekata. Sayur kale, daun basil dan asparagus punya manfaat tinggi Vitamin K.
 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CH LA PA_R3 copy


Mampu Mengatasi

  • Buasir
  • Sakit sendi dan urat, lemah otot
  • Gout
  • Menormalkan tekanan darah
  • Migrain
  • Gastrik
  • Masalah ketumbuhan
  • Kebas kaki dan tangan
  • Memberi tenaga
  • Masalah luka luaran dan dalaman (ulser)
  • Batu karang
  • Menguatkan rahim
  • Mengurangkan kolesterol
  • Muka berparut, jeragat dan jerawat
  • Sakit kulit
  • Pedih ulu hati
  • Mencegah kanser prostat
  • Mencergaskan badan
  • Anti penuaan
  • Masalah sembelit
  • Mencantikkan kulit badan
  • Mengejabkan tubuh
  • Menerangkan mata
  • Menguatkan imunisasi badan
  • Minuman untuk wanita berpantang

Bahan-bahan

* Kalogen
  • mengurangkan tekanan darah tinggi
  • mencantikkan kulit
  • mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
  • menegang, mencerah dan awet muda
Aloe Vera
  • menghentikan kanser colon
  • menurunkan gula dalam darah
  • merawat organ dalaman
  • menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
  • mengatasi masalah sembelit dan buasir
  • merawat masalah ketumbuhan
Acerola
  • merawat demam
  • menjaga hati dan sistem buah pinggang
  • mengatasi kencing manis
  • merawat jantung dan mengatasi anemia
  • merendahkan tahap kolestrol
Gamat
  • membantu sistem pernafasan (asma dan lelah)
  • membantu menyembuhkan luka dan ulser dalaman
  • baik untuk paru-paru
  • menguatkan tulang rawan baru
  • merawat pelbagai penyakit dalaman dan luaran
Kunyit
  • anti kanser
  • pengeluaran sel darah merah
  • merawat sakit kuning
  • menghilangkan parut
  • mengecutkan rahim
Halia
  • merawat barah ovari
  • mencegah kanser
  • melegakan pedih ulu hati
  • mencegah kencing manis
Madu
  • memberi tenaga
  • mempunyai 1000 khasiat kesihatan
Mineral
  • membekalkan oksigen sel-sel badan
  • menyelesaikan masalah kelesuan
  • mencegah kanser