Monday, August 17, 2015

PERCUTIAN RINGKAS DI GRAND LEXIS

HOTEL



Istimewanya di sini, Grand Lexis telah dianugerahkan oleh Malaysian Book of Records sebagai salah sebuah resort bertaraf lima bintang yang mempunyai 317 kolam renang peribadi di setiap vila. Anda boleh menikmati momen indah secara peribadi dengan penuh ketenangan. Terutama, bagi kita yang beragama Islam atau sesiapa yang mementingkan privasi, aurat dan sebagainya, lokasi ini boleh memenuhi impian percutian anda dengan penuh keselesaan dan kemewahan.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang lobi yang cukup luas dan moden rekaannya, anda akan dibawa oleh buggy menyusuri vila yang telah dibina terapung di permukaan air. Suasana resort yang memukau dengan hembusan bayu petang membuatkan anda terasa berada di sebuah pulau jauh daripada keriuhan kota.

Anda boleh memilih vila bersesuaian mengikut jumlah keluarga yang datang bercuti. Deluxe Pool Villa menyediakan satu saiz besar katil bersaiz king dan Sky Pool Villa menyediakan tiga buah katil bersaiz king. Untuk vila yang lain semuanya mempunyai dua buah katil bersaiz king sesuai untuk empat orang dewasa. Dekorasi mewah bermotifkan gabungan seni Bali, kualiti perabot kayu jati dan hiasan dalaman yang menarik membuatkan anda berasa selesa sepertinya berada di kediaman sendiri.

Grand Lexis juga menerima banyak tempahan daripada pengunjung yang menjalankan urusan perniagaan dan syarikat-syarikat yang ingin mengadakan kursus team building di sini. Pelbagai acara boleh diadakan di sini lebih-lebih lagi melibatkan pelbagai aktiviti luar, seperti bermain bola tampar, mendaki bukit, menyelam, memancing, memanah dan sebagainya. Grand Lexis memberi perkhidmatan di luar jangkaan pengunjung kerana di sini mereka mementingkan keselesaan dan komitmen.

Bagi pengunjung yang ingin mengadakan mesyuarat, beberapa bilik mesyuarat dan ballroom boleh digunakan. Tidak perlu risau mengenai perkhidmatan teknologinya kerana mereka bersedia untuk membantu anda melengkapkan segala kemahuan. LCD TV dan DVD player, WiFi, deluxe coffe, mini bar dan sebagainya adalah antara kemudahan yang boleh di dapati di kamar anda




----------------------------------------------------------------------


glora capuccino


Glo’ra Cappucino adalah kopi untuk mencerahkan kulit yang kusam atau gelap dengan pantas dan efektif. Kesan pemutihan akan dialami dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan kulit seluruh badan anda mendapat warna yang sekata, lebih cerah dan putih serta halus bak kulit bayi.
Campuran sebuk mutiara iaitu bahan pelembap semulajadi kulit anda, sumber protein, vitamin B kompleks, polisakarida, dan sedozen mineral kepada tubuh badan. Serbuk mutiara juga mengandungi asid amino yang berfugsi spesifik untuk menggelakkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien dan idak memperlihatkan kulit kelihatan tua dan berkedut.

Kebaikan Glo’ ra Cappucino
  • Menerangkan mata dan awet muda
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress
  • Merapat, memontok, menegang dan menyerikan
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Wajah kelihatan lebih cerah, gebu, bersinar dan berseri-seri
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Meningkatkan imunasi badan, baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
  • Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • Melangsingkan dan menjadikan bentuk badan menarik
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut
  • Untuk kuku kaki dan tangan yang sihat dan cantik
  • Sesuai untuk semua wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman