Thursday, August 27, 2015

KEMBALIKAN SEMANGAT PATRIOTIK

Gesture made by malaysia flag colored hands showing symbol of heart and love, isolated on white background


Pengaruh budaya luar cukup mudah menyerap dalam masyarakat kita. Mungkin sukar dibendung oleh kerana pendedahan media yang mudah untuk diakses menjadikan ramai yang leka dengannya. Semangat kenegaraan juga kini dilihat makin merosot oleh kerana pelbagai isu yang tersebar meluas membuatkan jiwa anak muda lebih cenderung untuk memilih pelbagai outlet lain untuk beri perhatian.

Bersempena bulan kemerdekaan ini, EH! berkongsi cara terbaik untuk kembali menzahirkan rasa cinta pada Malaysia dalam pelbagai cara lain.

Kenal sejarah
Ramai yang lupa akan sejarah bagaimana kepayahan nenek moyang kita berkorban untuk negara. Memang kita tidak laluinya tetapi melalui pengetahuan yang mendalam, kita akan lebih memahami erti sebenar kemerdekaan serta usaha yang dilakukan kini untuk terus mengekalkan perpaduan serta kesejahteraan masyarakat berbilang kaum ini.
Anda tidak akan dicop ketinggalan zaman jika berminat perihal sejarah, malahan akan lebih hebat bila berbicara mengenai negara kita apabila mengembara ke bumi asing kerana sejarah negara kita sering menjadi topik perbualan. Ia juga akan memberikan gambaran bahawa anda seorang yang sayangkan Malaysia dan menghargainya.

Ikon
Hidup dalam serba kemodenan yang mana kebijaksanaan individu semakin bergantung kepada teknologi membuatkan kita lebih terdedah dan bangga dengan apa yang dihidangkan oleh budaya Barat.

Dan pasti ada antara kita yang menjadikan ikon dari Barat sebagai idola atau penyuntik semangat dalam kehidupan, Tidak salah, tapi apa yang kurangnya ikon dalam negara seperti Datuk Nicol David, Safee Sali dan Yuna? Mereka juga berjaya di mata dunia dan dengan cara meyokong mereka juga anda sudah boleh dianggap cukup patriotik.

Beli barangan buatan Malaysia
Dengan membeli barangan buatan tempatan anda mampu menyumbang kepada ekonomi negara dan perkembangan industri tempatan selain menunjukkan sokongan kepada produk buatan anak tempatan.

Dengan menonton filem tempatan serta tidak membeli barangan cetak rompak juga antara cara anda menunjukkan rasa patriotisme anda.

Menyambut festival
Sama-sama meraikan sesuatu acara berbentuk kebudayaan atau bertaraf kebangsaan seperti Citrawarna, Festival Layang-layang, sambutan Hari Kemerdekaan mahupun perlawanan bolasepak Malaysia melawan negara luar adalah salah satu cara anda menunjukkan patriotisme.

Anda boleh menyumbang dengan menyertai acara tersebut atau cukup sekadar menghadiri acara yang diadakan sebagai tanda sokongan.

Karya
Generasi muda nyata tertarik akan kreativiti yang disulam elemen moden. Baik dalam apa jua bentuk karya sama ada fesyen, lukisan, penulisan dan lain-lain, tapi tidak salah jika anda menyuntik elemen tempatan dalam karya anda.

Jadikan seni tradisi sebagai rujukan dan memperbaharui elemen yang ada dengan cara anda sendiri. Di sini anda akan lebih mengenali sejarah apabila rujukan mendalam harus dilakukan pada setiap hasil karya yang ingin dihasilkan.

Melancong
Ramai di kalangan kita yang memilih destinasi luar negara untuk bercuti, padahal tempat-tempat menarik dalam negara sukar untuk dijadikan pilihan destinasi percutian. Kunjungi dulu destinasi dalam negara, seperti membuat bercuti ke pulau-pulau dan tempat bersejarah.

Pengalaman di tempat itu boleh dibawa kala bertemu kenalan di luar negara, secara tidak langsung anda mempromosikan negara ke mata dunia dan ini antara semangat patriotisme yang boleh dibanggakan.




---------------------------------------------------------------------------------------------------

dsc_8505



Keistimewaan
  • Langsing
  • Tiadak Buncit
  • Cergas / Aktif
  • Bertenaga
Mampu Mengatasi
ü  Buasir
ü  Migrain
ü  Senggugut
ü  Asma/Lelah
ü  Kencing Manis
ü  DarahTinggi
ü  SakitSendi/Otot
ü  Alergik
ü  Gastrik
ü  Gout
ü  Saraf/Sawan

Kandungan
  • 25g per sachet
  • 20 sachet per box
Guarana / Goji
  • Meningkatkan daya ingatan, tenaga serta stamina
  • Membantu menormalkan gula dalam darah dan menjaga diabetes
  • Membantu mengurangi berat badan
  • Meredakan sakit kepala
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
Ubi bit merah
  • Merawat masalah penghadaman
  • Mengurangkan kolesterol dalam badan
  • Membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi
  • Membantu buang toksik dalam badan
  • Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
Ragi beras merah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Pelindung tubuh dari penyakit arteroskloresis (pengerasan pembuluh darah)
  • Mengatasi alergi
  • Mengatasi gangguan pencernaan, sembelit serta perut kembung
Kolagen
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
  • Menegang, menganjal dan melembapkan kulit
  • Meningkatkan penyerapan kalsium