Umum mengetahui bahawa ramai yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes di Malaysia. Malah jantina atau umur bukan lagi penentu kepada penyakit ini. Tak kira wanita atau lelaki, tua ataupun muda..sesiapa sahaja boleh menghidapinya.
Namun masih ramai di luar sana yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Faktor-faktor itu menjadi antara punca utama kepada penyakit kencing manis, selain faktor keturunan.
Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui mereka mempunyai tanda-tanda awal penyakit kencing manis sehinggalah ketahap yang serius. Dimana mereka perlu bergantung pada ubat-ubatan atau suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.
1) Paras gula dalam darah tinggi – Cara terbaik untuk mengetahui bahawa seseorang mempunyai penyakit kencing manis adalah dengan memeriksa tahap gula dalam darah dengan melakukan ujian secara berkala. Kebiasaannya selepas kita mengambil makanan atau minuman yang manis tahap gula dalam darah akan meningkat. Namun jika tahap gula dalam darah agak tinggi walaupun tanpa menjamah makanan atau pun minuman yang manis, maka ada kemungkinan yang tinggi kita menghidap penyakit kencing manis.
2) Sentiasa berada dahaga dan membuang air secara kerap pada waktu malam - individu yang perlu kerap ke bilik air di waktu malam dan sentiasa terasa dahaga biarpun setelah meminum air secukupnya merupakan antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis. Perkara ini terjadi kerana terdapat kandungan glukosa yang tinggi dalam darah, di mana buah pinggang akan bertindak untuk menghilangkan gula yang berlebihan itu. Akibat proses ini, individu tersebut terpaksa kerap membuang air kecil dan membuatkan cecair hilang dari badan secara berlebihan.
3) Hilang berat badan secara tiba-tiba – kehilangan berat badan secara mendadak, contohnya hilang beberapa kg dalam masa sebulan tanpa berdiet atau bersenam ada kemungkinan berpunca dari tahap gula yang tinggi dalam darah dan ini bukan sesuatu tanda yang elok untuk kesihatan. Hal ini terjadi akibat tindak balas hormon insulin yang tidak membekalkan glukosa ke sel-sel di mana kebiasaannya ia dijadikan sumber tenaga. Jadi badan akan menganggap seseorang individu itu sedang kelaparan dan lemak dalam badan digantikan sebagai sumber alternatif untuk tenaga.
4) Kerap terasa lapar – seseorang yang menghidap penyakit kencing manis akan kekurangan insulin atau tidak bertindak balas kepada insulin seperti individu yang normal jadi glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa dan menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tidak stabil. Bila tahap gula dalam darah tiba-tiba menurun, badan akan bertindak balas seolah individu itu sedang lapar.
5) Luka lambat sembuh – antara tanda yang paling mudah untuk mengetahui individu tersebut menghidap kencing manis bila luka dibadan mengambil masa untuk sembuh. Malah akan ada tahap bila paras gula dalam darah sudah tidak terkawal menyebabkan luka di mana-mana bahagian badan langsung tidak dapat sembuh sebaliknya luka yang kecil boleh menjadi semakin besar. Hal ini berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa berlebihan yang bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan proses penyembuhan yang memerlukan darah untuk sampai ke bahagian anggota badan yang lain.
6) Mudah marah dan cepat letih – akibat badan perlu bekerja keras untuk mengimbangi kandungan glukosa dalam darah akan membuatkan individu tersebut cepat terasa letih. Kurang tidur kerana perlu kerap membuang air antara faktor yang menyebabkan keletihan juga. Individu yang mudah terasa letih biarpun tidak melakukan tugas-tugas yang berat akan mudah terganggu emosi membuatkan individu tersebut menjadi seorang yang akan pemarah.
7) Terdedah kepada jangkitan kulat – penyakit kencing manis melemahkan imunisasi badan, menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan. Perkara ini kerap terjadi kepada pesakit wanita dimana berlakunya jangkitan yis iaitu sejenis kulat di bahagian intim wanita.
8) Penglihatan kabur – paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh memberi kesan kepada mata. Selain mengubah bentuk kanta dan berdarah dari dalam, penglihatan juga menjadi kabur dan kerap berlakunya masalah katarak. Lebih buruk lagi bila kandungan gula dalam darah langsung tidak dikawal untuk tempoh yang lama dimana boleh berlakunya kerosakkan yang kekal pada saraf mata yang mengakitbatkan pesakit menjadi buta.
9) Rasa kebas pada tangan dan kaki – kerap juga terjadi rasa kurang selesa di bahagian tangan dan kaki seperti rasa kebas, sakit seperti dibakar dan mungkin juga berlaku bengkak tanpa punca. Ini menunjukkan bahawa berlakunya kerosakkan di bahagian saraf. Jika tidak dikawal tahap gula tersebut, tidak mustahil boleh berlakunya kerosakan saraf yang kekal.
10 ) Kulit merengsa – kadangkala seseorang pesakit juga boleh mendapat masalah kulit seperti kulit menjadi kehitaman di bahagiaan leher dan ketiak. Ini terjadi akibat berlakunya proses ketidakseimbangan gula dalam badan.
Jika ada antara korang yang mempunyai tanda-tanda di atas dan juga mempunyai sejarah di mana datuk nenek atau ibu bapa yang mempunyai masalah kencing manis, eloklah korang membuat pemeriksaan awal. Ingat mencegah lebih baik dari mengubati.
==================================================================
KOPI SUPEERHEBAT
Keistimewaan
- Langsing
- Tiadak Buncit
- Cergas / Aktif
- Bertenaga
Mampu Mengatasi
ü Buasir
ü Migrain
ü Senggugut
ü Asma/Lelah
ü Kencing Manis
ü DarahTinggi
ü SakitSendi/Otot
ü Alergik
ü Gastrik
ü Gout
ü Saraf/Sawan
Kandungan
- 25g per sachet
- 20 sachet per box
Guarana / Goji
- Meningkatkan daya ingatan, tenaga serta stamina
- Membantu menormalkan gula dalam darah dan menjaga diabetes
- Membantu mengurangi berat badan
- Meredakan sakit kepala
- Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
Ubi bit merah
- Merawat masalah penghadaman
- Mengurangkan kolesterol dalam badan
- Membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi
- Membantu buang toksik dalam badan
- Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
Ragi beras merah
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mengurangkan risiko serangan jantung
- Pelindung tubuh dari penyakit arteroskloresis (pengerasan pembuluh darah)
- Mengatasi alergi
- Mengatasi gangguan pencernaan, sembelit serta perut kembung
Kolagen
- Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
- Menegang, menganjal dan melembapkan kulit
- Meningkatkan penyerapan kalsium