Wednesday, March 18, 2015

PENJAGAAN KELADI LIAR

Penjagaan keladi liar

Daun Keladi sangat cantik dan menarik berbentuk seperti anak panah dengan tekstur permukaannya agak licin seperli diselaputi lilin. Biasanya pokok ini tumbuh meliar di kawasan bertanah lembap. Pokok ini akan kelihatan lebih menarik jika anda tahu cara untuk menjaga. Jadi kongsikan beberapa cara penjagaan serta idea untuk hias pkok keladi di rumah anda.
 
 
  • Sesuai ditanam di tempat yang terlindung sedikit dari matahari terik yang boleh melecurkan daunnya jika didedahkan secara berpanjangan.
  • Pastikan medium tanamannya lembap sentiasa. Siram dua kali sehari pada hari panas dan kurangkan siraman jika pokok terdedah terus kepada titisan air hujan.
  • Baja organik seperti najis ayam atau kelawar adalah terbaik untuk pertumbuhan pokok ini kerana ia dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan. Sebagai pilihan anda boleh juga gunakan baja kimia berwarna hijau untuk pertumbuhan daunnya yang cantik. Awas jika menggunakan baja bijian yang boleh melecurkan bahagian pokok terutama daun jika terkenanya.
 
 
Idea pameran
 
  • Beberapa batang pokoknya sesuai ditanam dalam satu pasu yang cantik sebagai pokok spesimen untuk hiasan di laman rumah.
  • Tanaman ini juga boleh ditanam di tanah secara solo atau dicampurkan dengan pokok berbunga atau berdaun lain dalam satu gubahan pokok hiasan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IMG_7808

Khasiat

  • Merawat penyakit di bahagian hati.
  • Memontokkan tubuh badan.
  • Merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur.
  • Memberikan tenaga luaran dan dalaman.
  • Melambatkan proses menopous.
  • Meningkatkan keupayaan seksual.
  • Sesuai untuk si dara dan yang sudah berkahwin.
  • Menyihatkan rahim dan peranakan.
  • Mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Menegang dan mencerahkan kulit.