Selendang, pashmina, bawal dan half moon adalah antara pilihan fesyen hijab yang sering digayakan. Namun si pemakai haruslah mengambil kira akan fesyen hijab yang bersesuaian dengan bentuk muka. Jangan hanya kerana mengikut trend membuatkan anda memakai kesemua fesyen hijab yang ada. Musykil dengan stail hijab yang bersesuaian untuk digayakan? Ketahui bentuk muka anda dan ikuti panduan yang diberikan ini.
1. Bentuk Segi Empat
Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai hijab yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekaligus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. Sebaliknya, pilih stail hijab yang boleh mebuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk hijab di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.
2. Wajah Bulat
Elakkan dari memakai anak tudung atau hijab yang menutup bahagian dahi kerana ia hanya akan membuatkan wajah si pemakai bertambah pendek. Wajah bulat memerlukan ilusi panjang, oleh itu bentuk hijab anda di bahagian tulang pipi untuk menutup sedikit bahagian sisi muka. Stail hijab yang mempunyai lilitan di bahagian telinga juga tidak sesuai digayakan kerana akan membuat wajah tampak lebih besar. Sebaiknya pilih hijab dari jenis kain stretch kerana ia mampu untuk memberi volume kepada wajah anda seterusnya memberi ilusi bujur. Antara teknik lain yang boleh digunakan adalah untuk memakai cekak rambut terlebih dahulu sebelum menyarung anak tudung.
3. Wajah Bujur
Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen hijab kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatil. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya turban untuk kelainan.
4. Bentuk Hati/Tiga Segi
Ciri bentuk wajah ini kebiasaannya adalah dahi yang luas disertai dagu kecil. Gayakan hijab dengan lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Boleh juga gayakan anak tudung yang berbentuk separuh bulatan. Hijab jenis longgar amat sesuai digayakan kerana bahagian dagu yang kecil member ilusi seakan bentuk wajah sebutir berlian. Biarkan hijab longgar di bahagian rahang dan percayalah anda akan tampak anggun menawan.
5. Bentuk Wajah Panjang
Jauhi stail hijab yang melekat di wajah kerana ia akan menampakkan wajah semakin panjang. Tutup sedikit bahagian dahi dengan anak tudung agar wajah tampak lebih sekata. Stail hijab longgar yang mempunyai volume atau lilitan di bahagian tepi kepala amat bersesuaian untuk digayakan kerana ia memberi ilusi kepada keluasan wajah yang berkurangan. Dedahkan bahagian tulang pipi untuk ilusi lebih efektif.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MARINE COLLAGEN
Khasiat
- Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
- Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
- Anti penuaan dan kedutan.
- Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
- Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
- Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
- Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.