Friday, March 20, 2015

PETUA CANTIK DI PELAMIN

charming aristocratic vintage woman

Rutin Membersih Wajah
Amalkan membersihkan wajah dengan betul dimana langkahnya terdiri daripada mencuci, scrubtoner, penggunaan serum serta penggunaan krim malam dan siang. Jangan ambil ringan kerana wajah yang bersih menampilkan solekan yang lebih mulus ketika anda di atas pelamin nanti.

Jari, Tangan Dan Kuku
Jari tangan adalah aset penting di mana cincin disarung dan pasti ia menjadi tumpuan lensa kamera. Kuku boleh diubah bentuk menjadi cantik dalam masa tiga bulan jika anda tahu bagaimana membentuknya dengan baik kerana ia cepat tumbuh semula. Gunakan krim tangan setiap hari.

Rawatan Wajah
Selain menjadikan wajah lebih bersih, ia memberi peluang untuk anda berehat daripada penat lelah membuat persiapan perkahwinan. Tidak semestinya perlu ke salun setiap minggu. Gunakan pupur wajah yang dibuat sendiri atau jenama kegemaran anda di rumah.

Gigi
Gigi yang putih berseri menyumbang kepada ukiran senyuman yang manis. Buat rawatan di klinik gigi yang bersesuaian serta berus gigi setiap kali selepas makan.

Krim SPF Dan Alat Solek Yang Betul 
Sentiasa gunakan krim SPF ketika keluar rumah. Pasti anda tidak mahu kulit berbelak dan rosak. Jangan tukar nama jenama alat solek yang lain pada waktu ini, bimbang jika ia tidak sesuai untuk anda dan menjadikan kulit anda bermasalah.

Mata
Amat penting untuk memastikan kulit di sekitar mata tiada tanda kedut mahupun lingkaran hitam yang sukar untuk hilang dalam sekelip mata! Justeru, amalkan pemakaian krim mata dan pupur mata pada waktu malam sebelum tidur. Pastikan juga anda sentiasa terhidrat kerana kurang minum air masak menjadikan lingkaran hitam semakin ketara. Juga buat anda yang ingin menggunakan kanta lengkap, biasakan diri tiga bulan sebelum. Jangan pula baru nak mencuba pada hari penting nanti. Gusar kesan iritasi atau mata kemerahan kerana tidak biasa. Anda perlu rasa selesa.

Badan
Gunakan losen badan selepas mandi. Pasti anda mahu kelihatan cantik di mata suami pada malam pertama. Jaga bahagian-bahagian tertutup seperti ketiak dan bahagian pelipat. Biasakan diri dengan wangian yang sesuai dengan personaliti diri agar dapat meningkatkan keyakinan diri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RAWATAN PENGANTIN DI JALINAN QASEH

Massage-and-Spa-Therapy-Center-in-Bali


Kelebihan 
  • Dikhususkan utk para lelaki & wanita yg mementingkan kecantikkan dalaman
  • Membantu menyerikan wajah anda
  • Menyegarkan badan, memberi keharuman yg berpanjangan
  • Menjadikan anda berseri di hari bahagia

Tempoh rawatan 4 jam merangkumi 
  • Lulur herba wangi
  • Bertangas wangi
  • Mandi susu/bunga/herba wangi
  • Rawatan seri wajah
  • Minum air halia