Monday, March 02, 2015

TIPS SOLEKAN WAJAH NATURAL

Kulit sihat adalah hasil rawatan secara rutin dan rasa bahagia dari dalam, selain pemilihan mekap yang sesuai.  Teknik solekan wajah juga membantu menonjolkan kelebihan selain meminimumkan masalah pada wajah. Pun begitu, tidak bermakna anda perlu memilih solekan tebal. Memadai dengan pilihan warna-warna natural sesuai dengan penampilan anda ketika ke pejabat. 
 
 
Berikut beberapa langkah solekan natural yang sesuai untuk diaplikasikan:
 
1) Wajah disapu dengan alas bedak yang sesuai dengan kulit wajah. Untuk menampakkan solekan yang lebih natural, memadai dengan pemilihan bedak padat berbanding bedak tabur. Diikuti dengan pemakaian pemerah pipi dwi rona membuatkan penampilan lebih menarik dan segar. Warna-warna cerah seperti merah jambu sesuai untuk disapu. 
 
 
2) Seterusnya, sapukan pembayang mata rona ungu lembut pada bahagian soket mata untuk menimbulkan kelopak mata bagi membuatkan mata tampak lebih ‘hidup’ dan segar. Kemudian, barulah disapu penggaris mata dengan pilihan warna hitam dan sapukan pada bahagian garis mata kelopak atas.
 
 
3) Langkah seterusnya adalah membentuk kening. Kaedah yang betul membentuk kening memberi karektor berbeza pada bentuk wajah seseorang. tidak perlu mencukur bulu kening yang sedia ada, sebaliknya memadai dengan membentuk agar ia nampak lebih rapi dan sesuai dengan bentuk wajah. Bentuk kening yang rapi dan natural akan membuatkan wajah tampak lebih muda. Sebelum membentuk, sikat bulu kening agar lebih rapi kemudian barulah dibentuk dengan penggaris kening.