Sunday, March 01, 2015

FAKTA DAN MITOS TENTANG JERAWAT YANG WAJIB KORANG TAHU

Setiap antara kita pasti pernah berdepan dengan masalah jerawat. Memang geram bila jerawat mula ‘berkampung’ di muka, lebih-lebih lagi kalau waktu itu kita ada majlis penting yang perlu dihadiri.
Jerawat tidak akan lenyap dalam masa sehari sebaliknya ia memerlukan proses yang agak lama juga untuk sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan. Sukar untuk kenal pasti apa penyebab sebenar jerawat. Kadang-kadang jerawat boleh tiba-tiba muncul di muka tanpa sebab.
Namun ada beberapa Fakta Dan Mitos Tentang Jerawat Yang Wajib Anda Tahu yang mungkin dapat membantu anda mencegah masalah jerawat.
Mitos 1: Mencuci wajah dengan kerap membantu menghilangkan jerawat.
Fakta: Jerawat tidak disebabkan oleh kotoran. Sebaliknya, pori-pori tersumbat yang menyebabkan pembentukan jerawat. Langkah terbaik ketika mencuci wajah adalah cucilah dengan lembut dan cukup dua kali dalam sehari. Teknik wapkan wajah mampu membuka pori-pori, sekaligus membersihkan kawasan tersebut.

Mitos 2: Tekanan menyebabkan jerawat.
Fakta: Tekanan akan memberi kesan kepada hormon. Namun, tekanan tidaklah menjadi masalah besar dengan pembentukan jerawat. Jadi, jika wajah anda ditumbuhi jerawat, lebih baik anda mengubatinya daripada tertekan dengan kehadirannya.

Mitos 3: Aktiviti hubungan intim suami isteri mampu menyebabkan jerawat.
Fakta: Salah sama sekali. Ini hanyalah pepatah orang lama untuk mencegah anak-anak muda melakukan hubungan intim luar nikah. Tiada kaitan langsung dengan terjadinya jerawat.

Mitos 4: Pemakanan tidak sihat menyebabkan  jerawat.
Fakta: Benar, ini kerana jika dilihat zaman datuk nenek kita dahulu, mereka tidak mempunyai masalah jerawat. Mungkin kerana makanan mereka yang berasaskan sayur-sayuran seperti ulam-ulaman membantu mengelakkan masalah  tersebut. Jika dibandingkan dengan sekarang, semua jenis makanan kita boleh makan dan kebanyakkannya bukan makanan yang sihat dan seimbang.