Thursday, March 26, 2015

PETUA KECANTIKAN TRADISIONAL

03B88946


Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MARINE COLLAGEN

IMG_1429 copy

Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.