1. KURANGKAN SKALA MAKANAN
Menurut Bethenny Frankel, penulis buku ‘Cara Mengecilkan Badan Secara Semulajadi’, mengurangkan makanan bukan dengan cara mengira berat makanan sahaja tetapi dengan cara memesan dua makanan pembuka dan tidak mengambil hidangan utama.
2. HADKAN UNTUK MAKAN
Menurut Ellen Kunes, editor health.com, cara menghadkan diri anda daripada mengambil makanan terlalu banyak ialah dengan menyediakan bekas kecil atau piring. Jadi, anda boleh mengukur dengan saiz bekas ini agar anda tidak makan berlebihan.
3. MINUM COKLAT ‘SHAKE’
Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang rendah. Malah, dengan minuman ini anda akan merasa kenyang dan dapat menggelakkan dari mengambil makanan berkalori tinggi.
4. BAWA BUAH
Menyimpan dan membawa buah di tempat kerja boleh menggelakkan anda dari mengambil makanan ringan yang lain.
5. BERUS GIGI SELEPAS MAKAN MALAM
Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.
6. ELAKKAN MAKANAN BERKALORI TINGGI
Elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas dan sebagainya.
7. BERGAMBAR SEBELUM DIET
Sebelum anda memulakan diet, ambillah gambar yang menunjukkan bentuk badan anda. Setiap kali anda hilang semangat untuk berdiet, lihatlah gambar itu untuk memotivasikan diri anda.
8. PAKAI BAJU YANG KETAT
Dengan memakai pakaian yang ketat, ia akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan.
9. AIR CAMPURAN TIMUN
Apabila anda merasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Ia boleh membantu anda merasa sedikit kenyang.
10. HABISKAN MAKANAN
Masukkan makanan yang tidak habis dimakan ke dalam bekas makanan dan simpan di dalam peti ais. Jangan biarkan makanan itu terbuka. Ini untuk menggelakkan anda terus makan walaupun sudah kenyang.