Friday, March 20, 2015

RAHSIA LANGSING TANPA IKAT PERUT

hiasan

MULAKAN PAGI DENGAN PROTEIN
Protein tanpa lemak membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain. Namun, waktu pengambilannya juga penting. Menurut penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu yang lain. Joan Salge Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.

NIKMATI LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)
Kajian dari Nutrition and Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolisme lemak.

PELUH ITU SEKSI
Senaman secara rutin bukan sahaja membakar kalori tetapi membantu anda mengurangkan pengambilan kalori. Menurut penyelidikan yang diterbitkan di American Journal of Physiology, latihan kardio intensiti tinggi selama 60 minit mampu mengurangkan selera makan sehingga dua jam. Ingin latihan yang maksimum? Lakukan latihan kardio dengan latihan invertal, iaitu latihan dari perlahan kepada laju yang dilakukan berulang kali dan berehat di atara latihan tersebut.

KATAKAN ‘YA’ PADA KENTANG
Menurut Katherine Beals, associate professor Jabatan Nutrisi di University of Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah ambil kentang panggang (bukannya kentang goreng) untuk makan malam yang mengandungi 100 kalori.

KUNYAH SAHAJA
Hasil kajian oleh Kathleen Melanson, associate professor nutrisi dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari. Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi, pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga membakar 11 kalori per jam.

HIDU AROMANYA
Pisang, epal hijau dan vanilla. Menurut Alan Hirsch, pengarah neurological di The Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu aroma-aroma ini, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika tiada produk vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja makan atau dapur rumah.

TIDAK SALAH SEDIKIT LEMAK
Meninggalkan lemak dalam jadual pemakanan anda boleh memberikan kesan negatif. Namun untuk mengambilnya pula janganlah berlebihan. Menurut Sari Greaves dariAmerican Dietetic Association, pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian. Contohnya, dua sudu makan mentega kacang, 20g kacang atau ¼ buah avokado.

----------------------------------------------------------------------------------------------

IMG_1429 copy

Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.