Tip Untuk Mengatasi Sifat Malas | Sikap malas sememangnya ada dalam diri setiap manusia. Sikap malas membuatkan seseorang itu malas untuk berusaha. Orang yang malas sentiasa berasa rugi. Sikap malas perlu dikikis dan dibuang.
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda untuk mengatasi sifat malas dalam diri :
Doa adalah senjata mukmin seperti mana Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)
Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah s.w.t sarankan kepada kita. Untuk atasi sikap malas eloklah kalau pelajar mengamalkan doa berikut:
“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.
2. Ingat matlamat atau sasaran anda
Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals – that is, goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka’.
3. 10 minit keemasan!
Sekiranya anda malas maka cuba katakan pada diri anda bahawa anda bukan mahu belajar satu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit sahaja. Tetapi syaratnya, dalam masa 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%, anda juga perlu baca dan faham sungguh-sungguh dan buat catatan tentang apa yang anda baca. Anda juga perlu firkirkan kembali apa yang telah anda baca dan cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang anda faham.
Selepas habis masa 10 minit itu, apa yang anda rasa? Saya yakin anda rasa sayang untuk berhenti belajar sebab ketika itu anda mula seronok dan sikap malas yang ada sebelumnya telah hilang. Sebab untuk atasi perasaan malas ini ia umpama keretapi yang bergerak dan menarik gerabak-gerabak. Pada peringkat awalnya keretapi perlukan momentum dan tenaga yang banyak dan bergerak secara perlahan. Semakin lama keretapi menjadi semakin laju, pergerakan semakin lancar dan ketika itu susah pula untuk berhenti.
Begitulah juga dengan belajar. Susahnya hanya pada beberapa minit awal sahaja. Tetapi kalau anda mula paksa diri dan lakukan 10 minit yang terbaik, insyaAllah perasaan malas akan pergi. Bagaimana pula kalau selepas 10 minit perasaan malas masih lagi wujud? Itu disebabkan anda tidak menggunakan 10 minit keemasan itu sebaik-baiknya. Maknanya anda kena ulang semula 10 minit tersebut sehingga anda berjaya atasi perasaan malas itu.
4. Banyak membaca bahan motivasi
Di sini bukan bermakna anda perlu banyak membaca buku pelajaran tetapi sebaliknya banyak membaca buku-buku motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri untuk berubah menjadi rajin. Setidak-tidaknya bacalah artikel- artikel motivasi yang pendek-pendek yang boleh anda cari dengan mudah dalam internet.
Baca juga kisah-kisah kejayaan orang lain kerana apa yang dibaca itu nanti mampu memberikan inspirasi untuk anda turut berjaya seperti mereka. Malah mungkin melebihi pencapaian mereka dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.
5. Susun dan mudahkan jadual belajar
Ada ketikanya anda rasa malas sebab hidup anda kelam kabut dan tidak teratur. Anda rasa terlalu banyak yang mahu dilakukan tetapi tidak begitu pasti apa yang banyaknya. Anda mahu siapkan tetapi tidak tahu yang mana satu mahu disiapkan atau dibaca dahulu sebab anda tidak pernah ada satu senarai kerja dan tiada sebarang jadual. Ambil masa untuk susun kerja anda dan buat jadual harian dan jadual belajar. 30 minit masa yang anda berikan untuk merancang boleh selamat sehari masa anda.
6. Rehat dan tidur yang cukup
Malas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa malas.
7. Riadah
Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.
8. Berkawan dengan orang yang positif
Tingkah laku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, yang mahu belajar dan sering berbincang tentang pelajaran maka lama-kelamaan sikap positif ini akan mempengaruhi diri anda juga.
9. Amalkan teknik pernafasan
Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.
10. Suarakan kata jaya anda
Salah satu cara untuk anda mengatasi rasa malas ialah dengan cipta beberapa katajaya untuk disarankan pada diri anda sendiri. Berikut adalah beberapa contoh katajaya:
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan Susah dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya Biar kalah bermaruah dari kalah menyerah. Anda boleh cipta katajaya anda sendiri.
=====================================================================
PERMASALAHAN
- Anak anda lembap atau kurang pintar ?
- Lemah sistem imuniti badan dan kurang bermaya ?
- Sukar mengingat dan mudah lupa ?
- Kurang berminat untuk belajar ?
KAMI ADA PENYELESAIANNYA !!
SMART IQ
SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.
Khasiat
- Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
- Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
- Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
- Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
- Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
- Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.
Anda ingin mencuba produk ni..Produk ni sume 100% halal taw harganya pon murah kalu anda jadi ahli Jalinan Qaseh lagi murah sebab dapat less 20%...cubalah sekarang pasti tak menyesal..Sekiranya berminat bolehlah datang ke kedai kami Jalinan Qaseh di Seri Manjung, Perak..nak PM terus ke inbox kami pon boleh...
utk dekstop klik sini :
--> https://www.facebook.com/messages/884208328279241
--> https://www.facebook.com/messages/884208328279241
yg guna mobile :klik sini
---> https://m.facebook.com/messages/thread/884208328279241/…
atau
---> https://m.facebook.com/messages/thread/884208328279241/…
atau
WhatsApp ke 0135960409