Pastinya apabila mengenakan makeup di wajah, menggunakan gincu di bibir adalah penting agar memberikan wajah lebih nampak segar dan berseri. Namun adakala gincu akan menjadi cepat pudar atau hilang.
Jom kami kongsikan tip-tip supaya gincu lebih kekal lama sepanjang hari :
1. Skrub bibir
Buang kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub yang khas untuk bibir sahaja. Ini akan membuatkan gincu melekat dengan lebih mudah dan tidak mengelupas kekeringan.
2. Pelembap bibir
Sapukan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa cukup lembap dan tidak kering. Kesat lebihan pelembap agar bibir tidak terlalu berminyak kerana ia boleh menyebabkan rona gincu susah melekat dan meleleh.
3. Penggaris bibir
Gunakan penggaris bibir dengan rona seakan sama gincu yang ingin kita gunakan pada bahagian luar permukaan bibir. Untuk lebih kekal lama, oleskan juga penggaris bibir di bahagian dalam di atas permukaan bibir sebagai lapisan paling bawah. Elakkannya jika anda mengalami kulit kering.
4. Gincu
Untuk kekal lebih lama, oles lembut gincu dengan menggunakan berus kecil yang dibuat khas untuk bibir. Elakkan dari mengoles gincu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan gincu mudah comot.
5. Bedak halus
Terakhir sekali adalah sapukan sedikit bedak halus dengan berus lembut pada bibir. Ianya sebagai lapisan penutup pada gincu agar rona gincu kekal lama sepanjang hari.
6. Gunakan straw
Elakkan dari meminum air terus dari gelas kerana ia boleh mencomotkan gincu di bibir. Gunakan penyedut minuman agar gincu tidak hilang terkena air.
=====================================================================
LIPSTICK COLLAGEN
Lipstick merupakan salah satu alat make up yang digunakan oleh kaum hawa untuk menampakkan kecantikannya. Oleh itu, lipstick Jalinan Qaseh telah direka khas dengan gabungan collagen yang mempunyai banyak khasiat bagi membantu wanita meningkatkan kecantikan agar mereka sentiasa cantik dan menarik.
Keistimewaan
- Merawat masalah bibir merekah
- Pecah
- Ulser
- Mencerahkan bibir
- Menjadikan bibir merah jambu
- Bibir tampak lebih seksi serta munggil
Anda ingin mencuba produk ni..Produk ni sume 100% halal taw harganya pon murah kalu anda jadi ahli Jalinan Qaseh lagi murah sebab dapat less 20%...cubalah sekarang pasti tak menyesal..Sekiranya berminat bolehlah datang ke kedai kami Jalinan Qaseh di Seri Manjung, Perak..nak PM terus ke inbox kami pon boleh...
utk dekstop klik sini :
--> https://www.facebook.com/messages/884208328279241
--> https://www.facebook.com/messages/884208328279241
yg guna mobile :klik sini
---> https://m.facebook.com/messages/thread/884208328279241/…
atau
---> https://m.facebook.com/messages/thread/884208328279241/…
atau
WhatsApp ke 0135960409