Friday, March 27, 2015

TIP GUNA KANTA LEKAP

03B67918-1024x682

1. Cuci tangan.

Sebelum anda memakai kanta lekap, mulakan dengan mencuci tangan anda sehingga bersih dengan menggunakan air yang bersih serta pencuci tangan anti-bakteria agar bakteria jahat tidak melekat pada tangan anda. Keringkan dengan tisu atau tuala kering yang bersih.

2. Cuci kanta lekap dengan pencuci khusus untuknya.

Setiap kali selepas dan sebelum menggunakan kanta lekap, pastikan anda mencuci kanta lekap anda dengan pencuci khasnya untuk memastikan kebersihan kanta lekap dari sebarang habuk dan kuman. Untuk lebih bersih, cuci bekas kanta lekap dengan pencuci khas juga.

3. Pastikan kanta lekap dibahagian yang betul.

Letakkan kanta lekap di jari telunjuk dan pastikan ianya di bahagian yang betul dan tidak terbalik. Bahagian kanta lekap yang betul adalah apabila kanta lekap berbentuk melengkung seperti mangkuk, jika kanta lekap pada bahagian tidak seperti tersebut maka ianya adalah di bahagian yang salah.

4. Letak kanta lekap pada posisi anak mata perlahan-lahan.

Pastikan anda berhadapan dengan cermin dan gunakan jari telunjuk untuk meletakkan kanta lekap di bahagian anak mata.Tarik kelopan mata bahagian atas jika perlu untuk membuka mata dengan lebih luas.


5. Jangan guna kanta lekap tamat tempoh.

Kanta lekap juga mempunyai tarikh luputnya sendiri. Ini bermakna pastikan kanta lekap anda dalam jangka masa yang masih boleh digunakan. Buang serta merta jika kanta lekap anda sudah tamat tempoh.

6. Pakai cermin mata gelap pelindung sinaran UV.

Pastikan anda memakai cermin mata gelap dengan perlindungan sinaran UV kerana apabila anda memakai kanta lekap, ia akan menjadi lebih sensitif kepada sinaran terus cahaya matahari.


7. Jangan guna kanta lekap terlalu lama.

Ia sangat penting untuk anda memastikan yang anda tidak memakai kanta lekap dengan terlalu lama atau tidak lebih dari 10 jam kerana jika terlalu lama ia boleh membuatkan mata merasa pedih dan ia boleh merosakkan mata. Ini kerana ia dikhuatiri habuk yang melekat pada mata boleh terkumpul banyak dan mengakibatkan sakit mata.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUS LAVERA
CH LA PA_R3 copy

Mampu Mengatasi

  • Buasir
  • Sakit sendi dan urat, lemah otot
  • Gout
  • Menormalkan tekanan darah
  • Migrain
  • Gastrik
  • Masalah ketumbuhan
  • Kebas kaki dan tangan
  • Memberi tenaga
  • Masalah luka luaran dan dalaman (ulser)
  • Batu karang
  • Menguatkan rahim
  • Mengurangkan kolesterol
  • Muka berparut, jeragat dan jerawat
  • Sakit kulit
  • Pedih ulu hati
  • Mencegah kanser prostat
  • Mencergaskan badan
  • Anti penuaan
  • Masalah sembelit
  • Mencantikkan kulit badan
  • Mengejabkan tubuh
  • Menerangkan mata
  • Menguatkan imunisasi badan
  • Minuman untuk wanita berpantang