Saturday, March 14, 2015

TRIK MENCANTIKKAN BULU MATA

03D56350

Bulu mata Clumpy

Lentik bulu mata.
Mulakan dengan melentik bulu mata menggunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu. Sudah pastinya pelentik bulu mata boleh memberikan perubahan kepada mata secara drastik.

Primer bulu mata.
Untuk mendapatkan bulu mata tampak lebih lebat adalah dengan menggunakan primer maskara. Sapukan sedikit primer maskara pada bulu mata untuk kesan yang lebih menawan.

Bedak bayi pada bulu mata.
Trik ini sangat berkesan untuk menampakkan bulu mata lebih lebat dan tebal. Sapukan sedikit bedak bayi pada bulu mata, kemudian gunakan maskara dengan beberapa lapisan. Pastinya trik ini mampu realisasi impian bulu mata yang cantik.

Gunakan penggaris mata di bawah bulu mata bahagian atas.
Jika anda inginkan lebih impak yang ketara, gunakan pensil eyeliner di bawah bulu mata anda agar ianya tampak lebih tebal.

Oles maskara
Oles dua atau tiga lapisan maskara pada bulu mata anda. Pastikan ianya lebih kemas, bersih dan memberikan impak yang lebih jelas pada bulu mata.

Duo Maskara
Mungkin anda tidak pernah mendengar akan kesan penggunaan duo maskara mampu memberikan bulu mata lebih tebal dan lebat dari sebelumnya. Sebagai contoh, gunakan maskara berona coklat terlebih dahulu dan kemudian teruskan dengan menggunakan masakara berona hitam. Ia akan menjadikan bulu mata lebih dimensi dan kelihatan lebih cantik.

Gunakan maskara pada bulu mata di bahagian atas dan bawah
Tutup mata anda dan oleskan pemberus maskara pada bulu mata anda di bahagian atas dan seterusnya di bahagian bawah. Perincian dan pemakaian maskara dari semua sisi pastinya buatkan bulu mata lebih cantik berseri.

Kuasai bulu mata anda secara zig-zag
Dengan cara sapuan zig-zag, pastikan maskara tidak comot dan bersepah di bawah mata. Untuk mendapatkan maskara dengan kesan clumpy, sapukan maskara dengan lebih lapisan.

Kedip mata seketika
Berkedip ketika sapuan zig-zag sebenarnya dapat memberikan bulu mata diselaputi dengan maskara dengan lebih sempurna dan rata.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 drgt

Kebaikan SCAR TONER
  • Mengecilkan liang roma.
  • Menyerikan  dan menyegarkan kulit secara semula jadi.
  • Menghasilkan wajah yang radian, lembap dan tampak lebih muda.
  • Sebagai agen untuk membantu menghalang wujudnya jerawat, jeragat dan lain-lain kecelaan wajah.
  • Melembutkan kulit dengan berkesan
  • Mengimbangkan pH kulit dan mengeluarkan sisa  tinggalan dari pembersih
  • Mengelakkan sel-sel dari mengeleber kerana berupaya untuk menahan dari tarikan graviti dan usia