Demi merealisasikan impian memiliki rambut lurus menawan, wanita sanggup berbelanja besar melakukan perawatan di salun. Selain melibatkan kos yang tinggi, perawatan itu juga menggunakan bahan kimia.
Sedikit sebanyak, ia mempunyai kesan sampingan. Tidak perlu pening kepala, cuba sahaja petua ini. Kos murah dan kesannya lebih tahan lama. Manfaatkan bahan alami untuk merawat rambut anda. Jom cuba!
Kombinasi Jus Lemon & Santan
Campurkan setengah cawan jus lemon bersama secawan santan. Kemudian, sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim. Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam. Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Susu Segar
Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut. Biar selama 20 hingga 30 minit. Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi. Lakukan sekerap yang mungkin.
Telur & Tepung Gandum
Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering. Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. Kemudian, sikat rambut sehingga lurus. Biarkan selama 30 hingga 40 minit, bilas sehingga bersih. Amalkan petua ini dua kali seminggu.
Limau Nipis
Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Pisang & Betik
Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua-dua bahan ini. Campurkan dua sudu madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering. Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering. Elakkan mengikat rambut. Lakukan seminggu dua kali.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pretty White merupakan
minuman untuk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bagi
kaum hawa. Dicipta khas melalui formula baharu yang mempunyai
L-Glutathione, multivitamin, 10x stem cell dan ditambah 100% pearl
powder.
RASAI PERUBAHANNYA DALAM MASA 7 HARI !!!!
Kebaikan
- Kulit bertambah cerah dan lembap
- Melembutkan kulit dan halus seperti bayi
- Meningkatkan keelastikan dan keanjalan kulit
- Mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat dan pigmentasi (jeragat) tanpa pengelupasan nyata
- Ejen pencerahan tanpa pengelupasan atau pengeringan
- Mengurangkan kedutan dan menutup pori-pori terbuka
- Untuk tiduk yang berkualiti, lena sepanjang malam
- Menjadikan kulit kelihatan segar dan berseri serta mata bersinar bak permata
- Sesuai digunakan untuk ibu yang sedang mengandung dan insyaallah kulit ibu dan anak yang baru dilahirkan cerah dan gebu
- Rambut indah bersinar, lembut dan sihat
- Menjadikan kuku kaki dan tangan sihat
Cara Penggunaan
- 2 scoop 2x sehari (pagi dan malam) sebelum makan.
- Boleh tahan selama 3 minggu untuk permulaan.
- untuk mantain seterusnya ambil 1scoop 2x sehari sebelum makan (tahan 1 bulan)