Thursday, June 04, 2015

5 BUAH UNTUK KECANTIKAN

Buah



Selain menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit, anda juga boleh mengamalkan cara semula jadi ini untuk memastikan kulit anda kekal cantik, sihat dan bebas masalah. Ini lima jenis buah-buahan berkhasiat yang mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri.

LEMON

Mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi bagi membersihkan kulit.
Serta memastikan kulit lebih segar dan sihat.

BETIK

Kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas yang mampu membuang sel-sel mati dan kekotoran yang ada pada kulit.
Caranya dengan meratakan isi betik pada kulit. Kesannya, kulit anda lebih cantik daripada sebelumnya.

PISANG

Buah ini kaya sumber zat besi, magnesium dan kalsium yang menjadikan tubuh lebih sihat.
Selain itu, pisang juga boleh mengurangkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Jadi buah ini anti penuaan yang membantu kulit anda tampil lebih halus dan berseri.

MANGGA

Buah disukai ramai ini memberikan kesan yang positif kepada kulit kerana kaya dengan vitamin A dan mengandungi anti oksida.
Membuatkannya mampu membantu melawan penuaan serta mengembalikan keanjalan kulit.

OREN

Seperti yang kita ketahui, oren juga kaya dengan vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit. Gosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkannya.
Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung untuk digunakan sebagai pencuci semula jadi.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MARINE COLLAGEN..
IMG_1429 copy

Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.

Fakta Nutrisi: I scoop (7gram)
Cara penggunaan: Campurkan 1 scoop ke dalam segelas air. Kacau sebati dan minum segera.
Untuk hasil terbaik, ambil 2 kali sehari, selepas makan.
Perhatian !! Wanita hamil dilarang minum minuman ini.