Thursday, June 11, 2015

SOLEKAN MATA ALA ARTIS KOREA

park shin hye kim tae hee
krystal jung kim so eun
Anda teringin nak mengetahui teknik solekan mata ala artis Korea? Ketahui caranya di sini…Pesona kecantikan artis Korea yang berkulit putih, bersih dan berseri semulajadi cukup memukau mata. Apatah lagi, apabila melihat solekan mata serta gaya penampilan mereka yang cukup memikat mata itu. Semuanya tampak cantik dan sepadan! Jika anda mahu kelihatan cantik ataupun  lawa seperti mereka, anda harus mempelajari teknik mekap, terutama solekan mata.
Jom, pelajari teknik solekan mata ala artis Korea ini. Trik dan caranya sangat mudah, dan sesiapa pun boleh mempraktikannya.
  1. Kebanyakan artisKoreamempunyai kulit wajah yang putih berkilat dan licin (flawless).  Jadi, gunakan ‘foundation’ cair pada seluruh bahagian wajah supaya muka anda kelihatan putih, bersih dan licin. Anda juga boleh menggunakan BB Cream, tetapi pilih yang berwarna lembut dan sapu tipis-tipis untuk mendapatkan hasil yang natural.
  2. Aplikasikan sedikit ‘glitter’ pada wajah anda. Apabila ingin kelihatan bersinar, gunakan warna metalik. Baur secara merata ke seluruh bahagian wajah. Sapukan bedak tabur ber’shimmer’. Untuk kulit berminyak, sebaiknya gunakan bedak tabur yang mengandungi mineral.
  3. Manakala, bahagian keningpula untuk kelihatan tebal dan lurus, anda boleh menggunakan pensil kening berwarna natural kemudian gayakan pada kening anda secara merata. Lakukan secara berulang-ulang kali. Gunakan sikat kening untuk membentuk kening supaya lebih cantik serta mudah dibentuk.
  4. Gunakan ‘eyes shadow’ berwarna putih. Kenakan sebahagian atau setengah bahagian sahaja ke arah keluar. Kemudian, ratakan pada bahagian kelopak atas dan juga bawah.
  5. Untuk mendapatkan kesan mata yang lebih lebar, pakai warna hitam pada garis terdalam kelopak mata atas. Guna berus dan sikat kecil untuk meratakannya. Kemudian, lentikkan bulu mata anda denganmaskara.
Selain itu, anda juga boleh menerapkan ‘eyesshadow’dengan warna hitam pada lipatan mata, untuk bahagian atas kelopak mata dioles atau disapu warna coklat muda atau ‘nude’. Terakhir, baurkan ‘shimmer’ warna ‘light pink’ pada kelopak mata.
  1. Sapukan ‘blush on’ atau pemerah pipi yang berwarna cerah, tetapi jangan terlalu tebal. Aplikasikan secara memutar. Daripada tulang pipi ke arah pipi. Untuk kulit putih atau kuning langsat, anda boleh menggunakan ‘blush on; warna pink. Manakala anda yang berkulit gelap, boleh memilih warna oren atau pun ‘peach’.
  2. Gunakan lipstik untuk membuat penampilan wajah lebih kelihatan sempurna. Pilih lipstick berwarna natural ataupun gunakan sahaja ‘lip gloss’ jika mahu mendapatkan efek berkilat. Untuk kesan bibir penuh, pakai warna ‘nude’ atau coklat muda. Dua tona warna ini tidak kelihatan tebal, sebaliknya nampak seksi!
Ekstra Tips!
Apa yang perlu anda titikberatkan jika mahu bersolek ala artis Korea adalah…
  • Menyamarkan kulit yang kurang gebu menjadi sehalus porselin(stoneware).
  • Bentuk kening yang tebal, lurus ataupun segitiga.
  • Tidak perlu banyak mengunakan ‘eyes shadow’. Minimum sahaja!
  • Untuk bibir, pilih warna natural.
Chop!
5 Artis Korea Cantik & Seksi Tanpa Sebarang Pembedahan
  1. Song Hye Gyo
  2. Park Shin Hye
  3. Kim Tae-Hee
  4. Krystal Jung
  5. Kim So Eun
Sumber: http://www.wom.my/kecantikan/solekan-mata-ala-artis-korea/#ixzz3cic9so5p 
======================================================

gsfg

COVERMARK FOUNDATION

Fungsi

  • Bedak asas  SPF 60, melindungi dari sinaran UV
  • Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
  • Merawat masalah wajah yang rosak
  • Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
  • Tahan 12 jam dan tidak berminyak
  • Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita 

Keistimewaan
·      Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
·      Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
·      Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.

·      Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.