Saturday, June 13, 2015

5 CARA SOLEKAN ASAS YANG BUAT ANDA SUPER CANTIK

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)
Nak nampak muka anda sentiasa kekal cantik? jom ketahui cara solekan yang boleh buat anda super cantik di sini.
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dan hubungannya cukup sinonim bagai isi dengan kuku. Khusus buat anda, terdapat lima idea yang boleh ditiru supaya selepas ini  anda boleh jadi super cantik!
1) Asas mekap - Sebelum memulakan langkah solekan, langkah pertama yang perlu kamu lakukan ialah dengan penyembur primer atau tekapkan tisu basah pada wajah yang bertujuan untuk membantu kulit wajah agar kelihatan lebih sekata dan mencantikkan bedak asas.
2) Selamat Tinggal Krim Bb! - Krim Bb adalah sejenis krim pelindung wajah. Jika sebelum ini ramai yang obses dengan krim Bb. Jom tukar kepada krim Cc pula, ia dikenali sebagai ‘colour correcting’ atau pembetulan rona yang menghasilkan tona yang lebih sekata dengan kulit.
Nota: Tekstur krim Cc lebih ringan dari krim Bb
3) Berus dan Mekap - Sebelum mengenakan mekap, perkara terawal yang perlu kamu tahu ialah jenis berus yang akan anda gunakan untuk mengaplikasikan solekan. Misalnya ialah ‘fan brush’ yang lazimnya berfungsi sebagai berus untuk menyingkirkan lebihan bedak. (berbentuk kipas kertas)
4) Kanta Lekap - Selain menggantikan cermin mata, penggunaan kanta lekap juga boleh digunakan sebagai salah satu idea cantik. Untuk gadis Asia, mungkin penggunaan kanta lekap warna hijau atau biru kurang sesuai. Pilihan warna semulajadi seperti coklat cair dan hazel adalah tebaik.
5) Bersihkan Lipstik - Lebihan lipstik pada bibir boleh disapu dengan mengunakan bedak asas cair agar tona kelihatan sama. Elakkan daripada menggunakan tisu kerana sapuan tisu boleh menyebabkan lipstik tersebut ‘terkeluar’ daripada bibir. Mungkin ada di antara idea-idea di atas pernah anda lakukan. Jika belum, anda boleh gunakan idea tersebut ketika bermekap dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan agar  mereka  turut mengetahuinya.
Sumber: http://www.wom.my/kecantikan/5-cara-solekan-asas-boleh-buat-anda-super-cantik/#ixzz3cuNgKk8j 
================================================================
 dfsdf
QASEH BEAUTY SET 4 IN 1

Boleh Mengatasi
  • Masalah jeragat
  • Masalah jerawat parah
  • Parut dan cela 
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit gelap
  • Bintik hitam

Cara Penggunaan
Langkah 1: Bersihkan muka dengan Beauty Soap. Urut secara perlahan-lahan dan bilas.
Langkah 2: Semburkan Scar Toner pada kapas muka, kemudian ratakan scar toner pada keseluruhan muka sehingga rata.
Langkah 3: Sapukan UV  Pearl Cream  pada keseluruhan muka sehingga rata pada waktu siang.
Langkah 4: Pada waktu malam, ulangi langkah 1 dan 2. Kemudian sapukan D’Kunyit krim secara nipis pada keseluruhan muka.