Wednesday, June 10, 2015

TARIKAN COKLAT ROYCE

coklat

Royce’, dihasilkan dari Hokkaido, Jepun memberi jaminan kualiti coklat terbaik memandangkan kesegaran alam semula jadinya cukup sempurna bagi penghasilan tenusu yang menjadi bahan utama untuk mencipta coklat yang sempurna. Jadi, kongsikan detik-detik berharga ini pada bila-bila masa dan di mana jua setiap kali rasa bahagia itu bertamu.

MANJAKAN DIRI DENGAN KEMEWAHAN COKLAT
Coklat segar yang lembut dan mewah bergabung mesra dengan krim segar dari Hokkaido menghasilkan ciptaan coklat ROYCE’ yang dikenali sebagai NAMA. Sesuai maknanya dalam bahasa Jepun, coklat NAMA begitu asli, lembut dan segar dengan kelembapan yang seimbang. Bahagiakan diri anda dengan suapan kepingan cip kentang dibalut coklat ROYCE’ mewah. Perkongsian kepingan cip kentang dibalut coklat bersama yang tersayang mengeratkan lagi kasih sayang anda. Hidupkan suasana kekeluargaan yang penuh ceria dan sentuhan kasih sayang bersama keluarga.

ROYCE’ PENGHAPUS STRES!
Hulurkan NUTTY BAR Royce’ kepada teman anda yang sedang berduka atau ketika mereka sedang runsing menyiapkan kertas kerja. Setiap kepingan NUTTY BAR pasti akan mengukir senyuman di wajah mereka kerana kajian menunjukkan coklat boleh meningkatkan serotonin dan endorfin dalam sel otak. Bahkan bau coklat dengan campuran kekacang mewah seperti badam, gajus, pecan dan macadamia juga boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang stres.

KONGSIKAN ROYCE’ DI HARI PERAYAAN
Ciptakan Syawal lebih meriah dengan menghidangkan CHOCOLATE WAFERS ROYCE’. Kiub kecil disaluti coklat mewah berkrim dilapisi wafer rangup untuk menghiburkan tetamu yang datang berkunjung. Atau, sampaikan senyuman untuk mereka dengan cenderahati atau hamper dari CHOCOLATE WAFERS ROYCE’. Dengan dua perisa Chocolate Wafers Hazel Cream atau Chocolate Wafers Tiramisu memeriahkan lagi Syawal anda!



--------------------------------------------------------------------------

SERUM JALINAN QASEH


Vitamin C Serum + Collagen boleh lembapkan kulit  dan menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Selain itu, ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
 
Keistimewaan
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah dengan lebih efektif
  • Meremajakan kulit wajah
  • Mencerah dan menyekata warna kulit wajah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kedutan