Tuesday, June 09, 2015

RESEPI BUBUR CHA CHA

RESEPI


Sediakan sajian pencuci mulut Bubur Cha Cha yang ringkas dan menyelerakan. Buburnya yang berwarna-warni dan empuk menjadi penambah selera untuk menjamah sajian ini. Pelajari cara mudah penyediaan Bubur Cha Cha dengan melalui resepi yang kami kongsikan berikut. Selamat mencuba!  

BAHAN-BAHAN:

·         1 cawan cha cha segera
·         1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
·         2 mangkuk santan pekat
·         1 keping gula Melaka
·         1 cawan gula
·         1 sudu besar sagu (direndam dengan air)
·         2 helai daun pandan (disimpul)
·         Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

Rendam cha cha segera selama 10 minit, rebus sehingga lembut kemudian toskan. Rebus ubi keledek sehingga hampir empuk dan toskan. Masukkan santan, cha cha, ubi keledek, gula Melaka, gula, garam, sagu dan daun pandan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau. Masak sehingga mendidih kemudian tutup api. Siap dihidangkan.



----------------------------------------------------------------------------

AL HAQ (2)



Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t