Thursday, June 18, 2015

7 TIP BERPUASA

puasa

Kedatangan Ramadan Al-Mubarak disambut dengan sejuta keceriaan oleh seluruh umat Islam. Tanggungjawab menunaikan rukun Islam ketiga ini diwajibkan kepada setiap Muslim, melainkan beberapa kelonggaran kepada individu yang mempunyai keuzuran. Antaranya pesakit gastik yang perlu patuh pada waktu makan tertentu bagi mengelakkan kepayahan, menambah kesakitan atau melambatkan proses penyembuhan jika mereka terus memaksa diri untuk berpuasa.

·         Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersama bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastril tetapi ia merupakan amalan yang disunatkan.
·         Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
·         Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
·         Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
·         Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
·         Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
·         Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.