Wednesday, April 01, 2015

10 CARA MEMBAKAR KALORI TANPA BERSENAM

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pihak pengiklanan selalu memberitahu kita setiap hari teknik-teknik dan bahan yang dikatakan mampu membakar kalori dan lemak. Ramai dalam kalangan kita sebenarnya mempertikai bahawasanya kita mampu menghilangkan kalori dengan tidak perlu senaman berat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk kita mengurangkan kalori tanpa menghabiskan masa yang banyak di gym. Cuma, kita perlu melakukan beberapa perubahan dalam cara kehidupan seharian kita. Itu sahaja.
Di bawah adalah 10 cara membakar kalori tanpa bersenam. Apabila kita berjaya melakukan sedikit perubahan ini dan menjadikannya satu tabiat, insya ALLAH kita akan mendapat berat yang ideal yang lebih berkekalan.
10. Bercakap Di Telefon
bercakap di telefon
Kita akan kehilangan 46 kalori semasa bercakap di telefon selama sejam. Jadi, luangkan masa untuk bercakap di telefon dengan kawan baik kita. Jadikan perbualan kita lebih bermakna. Bil telefon mungkin meningkat. Mungkin kita boleh pilih cara lain di bawah. Kah3
9. Membeli Belah
membeli belah
Bagi kaum wanita, waktu membeli belah pastinya menjadi seperti impian menjadi kenyataan apabila kita sebenarnya melakukan perkara yang digemari sambil menghilangkan 450 kalori. Ye, 450 kalori digunakan dalam tempoh 2 jam kita membeli belah.
8. Makan Makanan Yang Pedas
makan cili merah
Menambah 5g saus Tabasco ke dalam makanan boleh menaikkan kadar metabolisme dari 12 hinga 20 peratus sehingga 2 jam selepas makan. Hal ini disebabkan oleh capsaicin-nutrien yang menyebabkan cili menjadi pedas.
7. Menggeletar
menggeletar
Menggeletar juga membakar kalori. Jadi, jika kita boleh meluangkan lebih masa dalam keadaan sejuk, kita akan berjaya membakar semakin banyak kalori. Walaupun kita tidak menggeletar, 3 hingga 7 peratus peningkatan pembakaran kalori berlaku kerana badan kita sedang berusaha memanaskan diri kita.
6. Berdiri
orang berdiri
Enzim membakar lemak dan metabolisme adalah lebih aktif semasa kita berdiri. Dengan mengubah dari duduk kepada berdiri, kita akan berjaya membakar beberapa ratus kalori dalam sehari. Wah, hebat!
5. Kafein
teh hijau
Kafein meningkatkan jumlah kalori yang dibakar mungkin disebabkan mereka merangsang thermogenesis- satu cara bagaimana badan kita menghasilkan haba dan tenaga daripada pencernaan makanan dan kerana rangsangan tenaga ini bermaksud kita bergerak lebih lagi. Makanya, lebih kalori akan dibakar.
4. Bergerak Tanpa Henti
bergerak berterusan
Orang yang mengalami obesiti tidak bergerak sebanyak orang yang kurus yang lebih terdorong untuk menjadi lebih aktif. Kita boleh membakar sehingga 350 kalori sehari hanya dengan bergerak, memutarkan rambut, dan mengetik kaki. Jika semua tenaga yang dihasilkan daripada pergerakan ini ditambah, kita boleh menghilangkan sekitar 10 hingga 30 pound dalam setahun! Menakjubkan!
3. Makan Dengan Lebih Kerap
makan dengan betul
Orang yang memakan sejumlah makanan yang kecil setiap 3 jam mempunyai kadar metabolisme yang lebih baik dan akan berupaya untuk mengurangkan berat badan dengan lebih cepat.
2. Minum Air Sejuk
air sejuk bakar kalori
Semakin sejuk air yang kita minum, semakin banyak kalori yang dibakar kerana badan kita menghasilkan lebih tenaga untuk memanaskan air tersebut. Jika kita meminum 8 gelas (64 oz) air sejuk dalam sehari, kita akan membakar 70 lebih kalori berbanding jika kita meminum 8 gelas air dengan suhu badan.
1. Bernafas
bernafas
Betul ni! Kita sebenarnya mampu mengurankan berat badan dengan hanya bernafas. Tarik nafas melalui hidung, tahan dalam kiraan 1, dengan hembu melalui mulut. Nafas ini seharusnya berasal dari belakang tekak dan berakhir dari dalam perut. Apabila kita telah mempraktikkan dan selalu bernafas dengan cara ini, ia akan menjadi mekanisme semulajadi untuk membakar lebih kalori tanpa bersenam.
Wah! Menakjubkan bukan apabila kita mengetahui kelebihan yang kita ada dalam badan kita. Dengan hanya melakukan perkara yang kita sudah selalu lakukan dapat membantu badan kita membakar kalori. Subhanallah. Sungguh mengagumkan anugerah yang Allah berikan kepada kita. Tinggal kita mencari cara menggunakannya dan menjaganya dengan baik. Wassalaam.
Sumber: 10 Cara Membakar Kalori Tanpa Bersenam - Fuh.My 
================================================================
IMG_1429 copy
MARINE COLLAGEN
Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.

Fakta Nutrisi: I scoop (7gram)
Cara penggunaan: Campurkan 1 scoop ke dalam segelas air. Kacau sebati dan minum segera.
Untuk hasil terbaik, ambil 2 kali sehari, selepas makan.

Perhatian !! Wanita hamil dilarang minum minuman ini.