Selain daripada pemanis makanan, madu turut dikenali dengan khasiat semulajadinya. Tetapi tahukah anda kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan? Madu merupakan sumber makanan semulajadi yang berupaya menjadikan kulit kelihatan berseri dan anjal.
Melegakan batuk
Pemanis semulajadi ini terbukti berkesan dalam melegakan batuk kerana ia mengandungi dos dextromethorphan. Madu bertindak sebagai penyembuh kegatalan dan keradangan yang menyebabkan batuk. Ambil dua sudu teh sebelum tidur pada waktu malam untuk memastikan tidur anda sentiasa lena dan tidak terganggu akibat batuk.
Mengawal kolesterol tubuh
Kajian di Dubai menjumpai pengambilan madu dengan 250 ml air setiap hari selama 15 hari lebih berkesan dalam merendahkan kadar kolesterol berbanding mereka yang mengambil glukos.
Melembapkan kulit
Madu bertindak sebagai pelembap semulajadi kerana molekul gulanya memastikan kadar air pada kulit sentiasa cukup.
Menghilangkan jerawat
Kandungan antimikrob pada madu boleh mengurangkan keradangan berpunca dari jerawat. Campurkan madu bersama buah pala tanah dan sapukannya di atas jerawat. Biarkan ia selama 20 minit dan cuci sehingga bersih.
Menyembuhkan kesan terbakar
Kajian mendapati kulit yang melecur boleh sembuh lebih cepat dengan menggunakan madu serta kesan parut tidak terlalu ketara berbanding silver sulfadiazine.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
COVERMARK FOUNDATION
Fungsi
- Bedak asas SPF 60, melindungi dari sinaran UV
- Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
- Merawat masalah wajah yang rosak
- Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
- Tahan 12 jam dan tidak berminyak
- Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
- Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
Keistimewaan
· Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
· Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
· Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
· Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.