Friday, April 24, 2015

KEISTIMEWAAN GARAM UNTUK KECANTIKAN

Lazimnya, garam lebih meluas digunakan ketika memasak. Namun tahukah anda bahawa garam juga diibaratkan sebagai senjata penting dalam dunia kecantikan. Mulakan rawatan ala spa di rumah anda hari ini dengan menggunakan garam asli yang tidak bercampur dengan unsur lain.

·Mata lesu
Larutkan ¼ sudu teh garam dengan ½ liter air hangat lalu basahkan bahagian mata dengan larutan air garam tadi. Anda juga boleh merawat mata yang lesu dengan helaian kapas yang telah dibasahkan dengan larutan air garam. Letakkan kapas basah tersebut di bahagian mata dan biarkan untuk beberapa minit hingga kering.

·Pembersih wajah
Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Gunakan campuran tadi sebagai pembersih wajah. Selain mudah, ia turut berkesan menanggalkan kotoran dan solekan tebal. Campuran garam dan minyak zaitun ini bertindak seperti scrub dan kemudian dicuci sehingga bersih.

·Menyingkir kulit kering
Rendam kaki dalam air hangat yang telah dicampurkan bersama garam. Urut kaki dengan berus halus atau batu apung untuk menanggalkan sel kulit mati dan kulit kering. Biarkan kaki direndam selama 10 minit dan bilas dengan air. Keringkan ia sebelum menggunakan losen bagi memelihara kelembapan kulit.

·Rawat kulit berminyak
Bagi merawat kulit wajah berminyak, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat yang ditambahkan bersama satu sudu teh garam. Semburkan ia pada wajah dan keringkan.
=========================================================
IMG_1757 copy
SPA SALT
Spa Salt merupakan sabun pembersih badan yang mengandungi garam dan kunyit yang dapat menghilangkan kotoran atau daki-daki di badan dengan cepat dan berkesan.

Keistimewaan
  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan tubuh badan
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Membantu merawat kulit bermasalah
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Membantu memecahkan lemak

Cara Menggunakan 
Lulur spa salt di seluruh badan & susurkan ke bahagian badan terutamanya di celah peha, di bawah lengan, siku, lutut &  biarkan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih