Friday, April 17, 2015

TIP PENJAGAAN RAMBUT WANITA BERHIJAB

03F28041


Penjagaan rambut adalah penting bagi setiap wanita tidak kira bertudung atau pun tidak. Tidak semestinya apabila sudah berhijab, rambut diabaikan begitu sahaja. Ianya masih perlukan perjagaan rapi agar rambut tidak mudah rosak dan bermasalah.


Pastikan rambut kering sepenuhnya sebelum memakai hijab.
Ianya amatlah penting agar rambut tidak mengalami masalah berbuah. Sejurus setelah mandi, pastikan anda mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum memakai hijab.

Jangan ikat rambut basah.
Ianya seakan sama dengan tip di atas, namun sebenarnya dengan cara mengikat rambut basah setelah mandi akan lebih mengakibatkan kerosakan teruk pada rambut. Hujung akar akan mudah rapuh dan seterusnya keguguran rambut yang lebih buruk.

Biarkan rambut terurai bebas kala di rumah.
Semestinya bagi mereka yang berhijab akan menutup rambut sepanjang hari, adi sejurus tiba di rumah lepaskan rambut anda dari ikatan ketat dan sikat rambut dengan jari anda dan pastikan ianya menyentuh kulit kepala. Ini akan membantu peredaran darah pada bahagian kepala berjalan dengan lancar serta mendapat udara yang cukup buat mahkota anda.

Trim rambut.
Tidak bermakna berhijab menghentikan segala penjagaan rambut  termasuk tidak memerlukan sebarang trim lagi. Tidak kira jika anda ingin menyimpannya sehingga panjang atau kekal pendek, rambut perlu dipotong sedikit pada bahagian hujung rambut setiap empat hingga enam minggu. Ianya hanya untuk memastikan tiada rambut bercabang dan rambut kekal sihat bersinar.

Cuci anak tudung sekerap yang mungkin.
Ianya penting untuk mencuci anak tudung setiap minggu atau mungkin setiap dua hari. Tidak kira jika anda mempunyai satu atau lebih anak tudung untuk anda gunakan setiap hari, tetapi jangan ambil ringan dengan kebersihan anak tudung. Penggunaanya sepanjang hari sudah pasti buatkan rambut berpeluh dan sekaligus menyebarkan bakteria pada kulit kepala. Ia boleh mengakibat kelemumur yang teruk pada kulit kepala dan berbau.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


QASEH BEAUTY SET 4 IN 1

dfsdf


Boleh Mengatasi
  • Masalah jeragat
  • Masalah jerawat parah
  • Parut dan cela 
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit gelap
  • Bintik hitam

Cara Penggunaan
Langkah 1: Bersihkan muka dengan Beauty Soap. Urut secara perlahan-lahan dan bilas.
Langkah 2: Semburkan Scar Toner pada kapas muka, kemudian ratakan scar toner pada keseluruhan muka sehingga rata.
Langkah 3: Sapukan UV  Pearl Cream  pada keseluruhan muka sehingga rata pada waktu siang.
Langkah 4: Pada waktu malam, ulangi langkah 1 dan 2. Kemudian sapukan D’Kunyit krim secara nipis pada keseluruhan muka.