Hari yang paling merumitkan buat setiap gadis adalah hari di mana mereka sedang ‘datang bulan’. Ini kerana mereka akan sentiasa dalam keadaan yang tidak selesa dan merimaskan.
Oleh itu, kebanyakan daripada mereka akan mula bertindak melakukan sesuatu yang remeh. Tetapi awas, setiap perbuatan itu ada kemungkinan akan membawa keburukan yang berpanjangan. Jadi, jom ketahui apakah tindakan yang salah mungkin kamu pernah lakukan.
# 1 | TIDAK MEMBASUH TANGAN
Sebaik sahaja kamu menukar tuala wanita, segera mencuci tangan terlebih dahulu sebelum lakukan sebarang aktiviti. Ini kerana segala kotoran yang ada di tapak tangan boleh menyebabkan diri dijangkiti kuman.
# 2 | SIMPAN TUALA DI DALAM BILIK AIR
Tindakan seperti ini ternyata tindakan yang tidak bijak! Ini kerana suhu bilik yang agak lembap boleh mengakibatkan pembiakan bakteria semakin aktif. Bayangkan jika kamu gunakan tuala wanita yang dipenuhi dengan bakteria tidakkah ia akan menyebabkan kamu mengalami kegatalan atau dijangkiti penyakit kelamin ?
# 3 | TIDAK MEMBERI PERHATIAN TERHADAP TARIKH LUPUT
Mungkin kamuagak tergesa-gesa memakai tuala wanita kerana menerima ‘tetamu’ yang tidak diundang, namun jangan sesekali terlepas pandang tentang fizikal dan kondisi tuala wanita tersebut. Lihat betul-betul adakah ia masih boleh diguna pakai atau sebaliknya. Jangan ambil mudah tentang tarikh luputnya kerana ia akan mengeruhkan keadaan.
# 4 | MEMBELI KETIKA PROMOSI
Girls, pekara ini perlu kamu ambil serius, memberi barangan promosi selalunya memang menyeronokan kerana kamu hanya dikenakan separuh harga, namun jika bercerita tentang kualiti ia berubah menjadi sangat mengerikan! Ini kerana selalunya barangan yang dijual dengan harga yang rendah adalah barangan yang lama dan kurang bermutu. Jadi fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli.
# 5 | MEMAKAI TUALA WANITA YANG MENGANDUNGI WANGIAN
Ya, kami tahu apa niat sebenar kamu memakai tuala wanita yang mengandungi wangian. Namun, hakikatnya ramai doktor menasihati agar tidak menggunakan tuala wanita seperti ini kerana ia berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan kulit dan menyebabkan terhasilnya bau yang kurang enak.
================================================================
HARUM QASEH WASH
Fungsi
· Membantu menyegarkan bahagian sulit wanita
· Mengurangkan masalah keputihan
· Gatal-gatal
· Menghalang jangkitan bakteria
· Membantu menguatkan otot-otot vagina
· Memelihara mahkota wanita
Keistimewaan
- Boleh juga digunakan di bahagian pinggul, payudara dan rambut
- Membantu mencerah, menganjal dan membentuk tubuh badan
- Menguatkan akar rambut
Cara penggunaan
- Titiskan pada tapak tangan. Sapu dan ratakan pada bahagian vagina hingga berbuih. Bilas dengan air.
- Untuk rambut, sapu dan urut perlahan. Bilas sehingga bersih.