Saturday, April 04, 2015

CARA BIJAK NIKMATI MAKANAN SIHAT

hiasan


RANCANG MENU MINGGUAN
*Membeli makanan tanpa ada dalam perancangan boleh menyebabkan anda menghabiskan lebih banyak duit, menambahkan kalori dalam badan dan merugikan kesihatan. Jadi, buatlah menu mingguan dan senaraikan perbelanjaan yang lengkap.

BELI DALAM JUMLAH YANG BANYAK
*Anda boleh membeli bahan makanan yang sihat untuk tempoh seminggu. Mungkin, secara kebetulan, anda mendapat potongan harga yang murah dengan jumlah pembelian yang banyak. Pada masa yang sama, pastikan anda menyimpan stok makanan tersebut di tempat yang sepatutnya.

PILIH SUMBER PROTEIN
*Jangan lupa untuk berbelanja dengan menu dari sumber protein seperti ayam, ikan, telur, susu beserta kekacang, bijian, berat merah yang amat penting untuk gizi yang seimbang. Pilihan ini memudahkan anda untuk mempelbagaikan menu setiap hari.

BELI MAKANAN SEGAR
*Kebanyakan makanan yang diproses dalam bungkusan mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan sesetengahnya lebih mahal. Jadi, untuk menjimatkan wang dan kekal sihat, anda boleh menggunakan wang dengan membeli buah-buahan segar, sayuran, susu rendah lemak dan biji-bijian.

POTONGAN HARGA
*Dalam meningkatkan jualan, kebanyakan pasaraya akan melakukan promosi dengan potongan harga. Tetapi, anda jangan terburu-buru, sebaliknya belilah produk yang berkualiti, boleh digunakan dengan optimum dan disimpan dengan baik.

BAWA SNEK
*Hidangan sihat tidak hanya boleh dinikmati di rumah sahaja. Anda masih boleh menyediakan snek ringan dan sihat untuk dinikmati. Lebih-lebih lagi ketika anda keluar membeli belah. Ini salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran dengan membeli makanan yang tidak berkhasiat.

MAKAN DI RUMAH
*Menikmati masakan di rumah bukan sahaja sihat tetapi juga menjimatkan. Namun, jika anda terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak, anda boleh membeli alat memasak yang praktikal seperti alat pemanggang.

MASAK LEBIH BANYAK
*Anda boleh memasak dalam jumlah yang banyak dan sebahagiannya boleh dibekukan. Mungkin anda boleh makan ketika anda tidak sempat untuk memasak disebabkan aktiviti yang padat.

RENDAH KALORI DENGAN MAKANAN SIHAT
*Selain membantu menurunkan berat badan, diet yang rendah kalori sangat baik untuk mencegah obesiti dan diabetes. Jadi, pilihlah makanan sihat yang rendah kalori seperti sayuran dan buah-buahan.

TANAM DI RUMAH
*Menanam sayur-sayuran mungkin boleh dijadikan hobi yang baru. Selain untuk menjamu mata dengan pemandangan hijau, anda juga mempunyai stok sayur sendiri yang lebih bersih dan bermutu khasiatnya.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------



JUS LAVERA
CH LA PA_R3 copy


Mampu Mengatasi

  • Buasir
  • Sakit sendi dan urat, lemah otot
  • Gout
  • Menormalkan tekanan darah
  • Migrain
  • Gastrik
  • Masalah ketumbuhan
  • Kebas kaki dan tangan
  • Memberi tenaga
  • Masalah luka luaran dan dalaman (ulser)
  • Batu karang
  • Menguatkan rahim
  • Mengurangkan kolesterol
  • Muka berparut, jeragat dan jerawat
  • Sakit kulit
  • Pedih ulu hati
  • Mencegah kanser prostat
  • Mencergaskan badan
  • Anti penuaan
  • Masalah sembelit
  • Mencantikkan kulit badan
  • Mengejabkan tubuh
  • Menerangkan mata
  • Menguatkan imunisasi badan
  • Minuman untuk wanita berpantang