Ais batu digunakan untuk merawat kulit wajah. Jika anda malas pergi ke pusat kecantikan, anda boleh menggunakan ais batu yang ada dalam freezer untuk merawat kulit wajah anda. Caranya senang sahaja.
Facial Ais Batu Timun, Madu dan Lemon - Untuk mendapatkan kulit cerah, anda boleh membuat facial ais batu. Caranya dengan mencampurkan air, timun yang sudah dihaluskan, madu dan air perahan lemon. Kemudian bekukan di freezer. Untuk menggunakannya, keluarkan ais batu dari freezer. Biarkan dulu sekitar 30 saat agar sedikit mencair dan lebih lembut. Baru gosokkan ke seluruh permukaan kulit wajah dan leher. Tunggu sehingga 5 ke 10 minit, baru bilas dengan air bersih.
Facial Ais Batu & Teh Hijau - Teh hijau dibiarkan dingin. Masukkan dalam ais batu dan bekukan di freezer. Facial ini juga berkesan untuk mengatasi lingkaran gelap bawah mata. Sementara itu, kandungan kafein dan ais batu meredakan bengkak dan cairan berlebih di sekitar mata.
Facial Air & Ais Batu - Anda rasa malas bangun di pagi hari? Wajah terlihat kusut saat bangun tidur? Cuba gunakan facial air dan ais batu, caranya dengan mencampurkan air dengan ais batu. Biarkan ais batu cair, lalu guna air ini untuk basuh wajah. Rasa dingin boleh mengencangkan kulit wajah. Kalau kulit anda muncul jerawat, cuba ambil ais batu. Bungkus ais batu dengan plastik lalu press di bahagian yang berjerawat selama sekitar 5 minit. Cara ini boleh mengatasi rasa perih dan juga kemerahan pada kulit yang berjerawat.
========================================================================
QASEH LAYER SOAP
Khasiat
- Membantu mengurangkan masalah kegatalan pada kulit wajah, mata dan hidung.
- Membantu dan mengekalkan kulit yang lebih cerah dan licin.
- Mengatasi masalah jerawat dan resdung.
Kandungan
~Diperkaya dengan rumusan ekstrak sireh, teatree, susu kambing , kunyit dan herba-herba terpilih.
Cara Pengambilan
Basahkan muka, ratakan buih sabun keseluruh muka.Cuci selama 2-3 minit.Bilaskan dengan air dan keringkan dengan tuala bersih.