Monday, April 13, 2015

7 RAHSIA KECANTIKAN WANITA SELURUH DUNIA MENARIK DI CUBA


Bila bicara akan kecantikan, ramai yang punyai rahsia kecantikan mereka tersendiri. Dari Korea, Jepun, India, Arab, Amerika, Eropah, Afrika, kiranya setiap negara ada rahsia dan petua kecantikan yang diamalkan serta turun-temurun. Kali ini, ingin kongsi 7 rahsia kecantikan wanita seluruh dunia yang menarik boleh anda cuba.
1. Sepanyol, gunakan kentang
Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
2. India, minyak rambut
Minyak kelapa digunakan untuk melembap dan menghitamkan rambut, serta membuatkannya bersinar. Wanita India menggunakan satu senduk minyak kelapa, lalu menggosokkannya pada rambut, kemudian berjemur di bawah sinaran matahari selama satu jam, kemudian dibilas. Hasilnya, rambut akan tebal dan bersinar!
3. Mesir, mandi susu
Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah 2 cawan susu tepung ke dalam air mandi anda. Tetapi kita semua tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
4. Perancis, sangat tegas dalam menjaga kulit wajah
Wanita Perancis menjaga dan sangat menitik berat akan soal kulit wajah mereka. Mereka mengikuti rejim penjagaan kulit dengan setia. Mereka tidak akan tidur dengan mekap dan akan membasuh muka terlebih dahulu.
5. Sweden, petua mengamalkan sauna
Wanita Sweden percaya pada kuasa stim. Mereka juga menggunakan stim untuk rawatan muka. Ini menjadikan kulit anda berasa sangat bersih dan segar. Ia sesuatu yang mudah yang anda boleh lakukan di rumah dengan semangkuk air panas dan tuala.
6. Korea, pupur wajah (face mask)
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau mask dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang drama All About My Romance, Lee Min Jung juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah jika kita gembira.
korea
7. Greece, pemakanan hijau
Rahsia bagi wanita Greece ialah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
=====================================================
SERUM JALINAN QASEH
 VITAMIN C SERUM + COLLAGEN
Vitamin C Serum + Collagen boleh lembapkan kulit  dan menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Selain itu, ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
Keistimewaan
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah dengan lebih efektif
  • Meremajakan kulit wajah
  • Mencerah dan menyekata warna kulit wajah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kedutan