Khusus buat penggemar aiskrim tegar seperti penulis, hari ini Wanista ingin tunjukkan kepada anda cara-cara membuat kek aiskrim yang cukup mudah, murah dan semestinya enak!
Langkah-langkah penyediaan kek aiskrim adalah seperti berikut:
1. Ini merupakan bahan-bahan dan barang keperluan untuk menyediakan kek aiskrim.
2. Balutkan loaf pan anda menggunakan cling wrap. Tinggalkan aggaran 3″ lebihan plastik pada setiap bahagianloaf pan.
3. Letakkan aiskrim pilihan anda ke dasar bekas loaf pan tersebut dan ratakan dengan menggunakan sudu ataupun spatula.
4. Celupkan biskut sponge fingers ke dalam campuran air kopi selama 3-4 saat dan susunkan di atas lapisan aiskrim sebentar tadi. Jangan biarkan biskut terendam terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan susah untuk disusun.
5. Ulang langkah 3 dan 4 dengan membuat lapisan aiskrim di atas lapisan biskut sehingga memenuhi bekas. Pastikan, lapisan atas sekali apabila siap adalah lapisan biskut.
6. Balutkan lapisan kek aiskrim yang telah siap dengan lebihan plastik dan simpan di dalam peti sejuk semalaman (4-8 jam).
7. Setelah dibiarkan semalaman, dan aiskrim telah betul-betul beku, buka pembalut tersebut dan terbalikkan ia di atas pinggan besar.
8. Tuangkan sedikit sos coklat di atas kek aiskrim.
9. Akhir sekali, letakkan beberapa scoop aiskrim di atas kek aiskrim tersebut mengikut citarasa anda. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga ia sedia untuk dimakan.
9. Siap untuk dimakan!
Di bawah merupakan beberapa perisa kek aiskrim lain yang boleh anda cuba:
Tiramisu: Lapiskan ais krim vanila dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan campuran air kopi. Letakkan sedikit serbuk koko di atas biskut sebelum dilapiskan dengan aiskrim vanila. Hiaskan dengan serbuk koko.
Very Berry Frozen Yogurt: Campurkan ½ cawan beri segar yang dicincang ke dalam yogurt beku berperisa vanila dan lapiskan dengan biskut sponge fingers. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
Black Forest: Campurkan ceri (dalam tin) bersama ais krim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan lebihan jus daripada ceri dalam tin. Hiaskan dengan parutan coklat dan krim putar.
Death by Chocolate: Tuangkan sedikit sos coklat ke dalam aiskrim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingersyang telah dicelup ke dalam air minuman coklat (disejukkan). Hiaskan dengan sos coklat mengikut citarasa anda.
Sumber: Hungry Go Where
===========================================================
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ
RM58.80
Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.
Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga
Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t