Friday, April 03, 2015

CARA ELAK RAMBUT BERCABANG

03C06398



Orang selalu kata jika rambut bercabang, elok dipotong hujungnya agar dapat membantu pertumbuhan rambut yang lebih baik. Namun, perlu juga penjagaan rapi, pengetahuan mengenai rambut serta do’s and don’ts yang perlu diambil kira bagi mendapatkan rambut sihat secara total. Jom pelajari beberapa cara untuk elak dari rambut bercabang.

Jarang membasuh rambut.
Diakui mandi keseluruhan badan termasauk rambut adalah lambang kebersihan. Namun, bagi mahkota anda, cucian terlalu kerap boleh membuatkan ia kering. Rambut mempunyai minyak semula jadi yang membuatkan ia sihat. Mungkin dua atau tiga hari sekali adalah jalan terbaik.

Berus dengan betul
Ramai antara kita dek kerana mahu cepat, rambut disisir dan diberus sambil lewa sahaja. Pertama sekali, pilih jenis sikat yang bersesuaian dengan rambut anda. Untuk penggunaan seharian, guna pedal berkusyen dengan jejari sikat yang fleksibel. Selain itu, gunakan dengan betul. Jangan sesekali sikat dari kulit kepala hingga ke hujung rambu, diikuti tengah dan kemudian barulah keseluruhan rambut dari atas ke bawah.

Hanya syampu kulit kepala
Mengumpul keseluruhan rambut di atas kepala dan kemudian dilumur syampu adalah cara yang salah dalam membersihkan rambut. Urut syampu di kulit kepala sahaja, dan biarkan buihnya mengalir hingga ke hujung rambut ketika anda membilasnya.

Sentiasa gunakan perapi rambut
Elak digunakan pada kulit kepala, dan oles di bahagian hujung rambut. Biar selama beberapa minit untuk beri peluang ia menyerap dengan baik. Adalah baik untuk meninggalkan sedikit perapi di rambut, namun janganlah sampai ia kelihatan berminyak.

Penggunaan tuala
Tidak digalakkan menggosok rambut dalam pelbagai arah sebaik habis membasuh rambut. Jika pun ingin mengeringkannya, balut rambut dengan tuala dan dibawa ke atas. Ramas perlahan rambut menggunakan tuala, justeru dapat mengekalkan rambut kusut.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RE RAMBUT
reram


Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah rambut terjadi seperti gejala hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang, juga faktor usia boleh menyumbang kepada masalah kepala botak dan gugur. Ia akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan kehidupan seharian terjejas.
Dengan menggunakan produk Re’ Rambut, masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan senang dan cepat.
Re’ Rambut ini disediakan dalam bentuk roll-on dan hanya perlu disapukan pada tempat-tempat yang bermasalah seperti di kulit kepala, kening malah misai juga boleh digunakan.Urut perlahan selepas disapu supaya serum ini dapat meresap dengan lebih cepat.
Baunya yang harum dan teksturnya yang tidak berminyak memudahkan kita untuk menggunakannya di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Kebaikan
·       Rambut gugur
·       Rambut beruban
·       Kulit kepala berkelemumur
·       Kepala botak
·       Kening nipis
·       Misai dan janggut tidak lebat atau beruban