Friday, April 24, 2015

7 MAKANAN UNTUK DAPATKAN RAMBUT PANJANG

Adakah anda mengimpikan rambut yang panjang dan berseri? Ada beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk mendapatkan rambut yang lebih panjang. Makanan untuk rambut memberikan khasiat dalaman yang menjadikan rambut anda lebih panjang. Disenaraikan beberapa makanan yang boleh dimakan untuk mendapatkan rambut yang lebih panjang yang boleh anda cuba.
1. Ubi Keledek
Ubi keledek sarat dengan kebaikan beta karotena dan vitamin A. Ia bukan sahaja akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat tetapi juga kulit kepala yang sihat. Ubi keledek juga baik untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan rambut.
2. Quinoa
Quinoa adalah baik untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih panjang kerana ia kaya dengan vitamin E dan zink. Zink dalam bentuk semulajadi adalah baik untuk rambut panjang. Zink juga membuatkan rambut anda lebih bersinar. Vitamin E membantu untuk menguatkan rambut anda secara semulajadi, jadi ia menghalang masalah keguguran rambut dan rambut pecah.
3. Badam
Adakah anda tahu bahawa badam kaya dengan kandungan biotin yang tinggi? Ia adalah baik untuk pertumbuhan rambut. Badam juga kaya dengan vitamin dan mineral yang memberikan khasiat kulit kepala yang sihat.
4. Tiram
Tiram kaya dengan sumber zink. Ia membantu mengawal pengeluaran androgen, yang seterusnya menghalang masalah keguguran rambut. Tiram juga kaya dengan sumber protein yang diperlukan untuk kulit kepala yang sihat. Tiram juga boleh mencegah masalah kulit kepala kering dan kulit kepala tidak stabil yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Biji Bunga Matahari
Biji bunga matahari boleh menjadi sumber vitamin E untuk rambut anda yang membantu meningkatkan aliran darah di kawasan kulit kepala. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.
6. Kuning Telur
Kuning telur tidak hanya kaya dengan protein, tetapi ia juga kaya dengan sumber biotin. Telur juga mempunyai beberapa bentuk asid lemak omega 3 yang membantu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut lebih cepat. Kuning telur sebenarnya boleh membantu anda untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik dan juga menggalakkan aliran darah di kawasan kulit kepala.
7. Kacang Merah
Kacang merah kaya dengan sumber zat besi, biotin dan zink. Besi dan biotin adalah baik untuk khasiat kulit kepala keseluruhan dan kesihatan kulit kepala. Zink adalah sangat baik dalam menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut. Kekacang lain juga baik untuk kesihatan rambut. Pengambilan kekacang dalam diet harian anda tidak hanya akan membuatkan rambut anda lebih panjang, tetapi juga lebih lebat dan sihat.
====================================================
glora capuccino
GLO’ RA CAPPUCINO
Glo’ra Cappucino adalah kopi untuk mencerahkan kulit yang kusam atau gelap dengan pantas dan efektif. Kesan pemutihan akan dialami dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan kulit seluruh badan anda mendapat warna yang sekata, lebih cerah dan putih serta halus bak kulit bayi.
Campuran sebuk mutiara iaitu bahan pelembap semulajadi kulit anda, sumber protein, vitamin B kompleks, polisakarida, dan sedozen mineral kepada tubuh badan. Serbuk mutiara juga mengandungi asid amino yang berfugsi spesifik untuk menggelakkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien dan idak memperlihatkan kulit kelihatan tua dan berkedut.

Kebaikan Glo’ ra Cappucino
  • Menerangkan mata dan awet muda
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress
  • Merapat, memontok, menegang dan menyerikan
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Wajah kelihatan lebih cerah, gebu, bersinar dan berseri-seri
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Meningkatkan imunasi badan, baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
  • Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • Melangsingkan dan menjadikan bentuk badan menarik
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut
  • Untuk kuku kaki dan tangan yang sihat dan cantik
  • Sesuai untuk semua wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman