Susu almond yang sebenarnya agak popular tapi mungkin belum lagi di negara kita. Ia terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai dan paling sesuai buat si cantik yang ingin berdiet. Tidak perlu membelinya kerana anda mampu membuatnya sendiri di rumah.
Susu almond yang sebenarnya sangat mudah untuk dibuat. Anda boleh jadikannya sebagai amalan minuman diet yang terbaik. Hanya kisarkan kacang almond dan dicampurkan dengan sedikit air panas. Kemudian toskan susu tersebut daripada hampasnya dan sedia diminum. Mudah bukan?
Dengan mengamalkan susu almond ini, anda dapat banyak kelebihan terutama dari segi kesihatan badan. Antaranya:
Kalsium
Susu almond memiliki kandungan kalsium dua kali ganda lebih tinggi dan kalori 20% lebih daripada susu segar biasa. Kandungan vitamin D juga di dalam susu ini dikatakan elok untuk kesihatan tulang anda.
Penambah rasa masakan
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa susu almond juga boleh digunakan sebagai penambah perasa pada masakan. Malah ada yang mengatakan rasanya lebih sedap berbanding susu yang lain.
Asid Lemak omega 3
Peranan Asid Lemak Omega-3 dalam penyakit kardiovaskular telah terbukti. Kandungan asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam susu ini sangat baik untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Selain mengandungi mangan, ia juga kaya dengan vitamin E, selenium, magnesium, potassium, zat besi, dan serat. Bukan sahaja boleh kurus, malah mampu menjadikan anda lebih sihat.
Awet muda
Kandungan flavonoid dan antioksidan yang berasal dari vitamin E mampu menurunkan risiko terkena penyakit kanser serta melambatkan proses penuaan. Wow! Siapa sangka susu Almond juga mampu membuatkan anda kelihatan lebih muda sentiasa.
Tenaga
Bagi anda yang mudah merasa letih, kami sarankan anda meminum segelas susu almond. Anda pasti akan merasa lebih segar dan kekal aktif dalam melakukan tugas harian. Khasiat kacang almond sememangnya tiada tandingannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
MARINE COLLAGEN..
Khasiat
- Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
- Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
- Anti penuaan dan kedutan.
- Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
- Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
- Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
- Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.