Thursday, April 23, 2015

PERSONALITI DIRI MELALUI HARUMAN MINYAK WANGI

02E612121-768x1024


Tahukah anda bahawa jenis haruman minyak wangi yang anda gemari juga membawa maksud tentang personaliti diri anda? Selalunya orang ramai banyak menjadikan cara berpakaian, cara berkomunikasi, dan apa yang kita lakukan ketika masa lapang dalam mencerminkan diri kita sebenarnya. Namun, dari segi menghidu haruman minyak wangi anda juga boleh mencerminkan personaliti diri kita.

Ketahui jenis haruman minyak wangi yang boleh mencerminkan diri anda yang sebenarnya.

Haruman: Citrus, lemon dan mandarin.

Personaliti: Seorang yang spontan. Anda seorang yang tidak gemar merancang sesuatu yang tidak pasti. Namun anda suka akan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan anda seharian dan hanya ambil peluang yang datang dengan tiba-tiba.


Haruman: Floral, segar, dan manis.

Personaliti: Seorang yang romantik. Anda seorang yang suka akan momen yang romantis bersama kekasih atau pasangan anda. Bunga ros, puisi dan nota cinta menjadi kegemaran anda.


Haruman: Bumi, kayu-kayuan dan menusuk.

Personaliti: Anda seorang yang sayang pada alam semulajadi. Anda lebih selesa jika anda berada di luar dan dikelilingi alam semulajadi dan hutan.


Haruman: Haruman yang unik, sofistikasi dan urban.

Personaliti: Anda merupakan seorang yang konfiden pada diri anda. Orang sekeliling anda seakan terpegun apabila melihat anda. Sebarang halangan dan cabaran, anda sanggup tempuhinya dengan keberanian kerana anda seorang yang betul yakin dan konfiden.


Haruman: Haruman yang bersih dan segar.

Personaliti: Anda seorang yang ada semangat kesukanan. Sama ada anda gemar akan ke gim atau anda seorang atlet sukan, anda suka akan melakukan aktiviti-aktiviti kesukanan seperti berlari, dan work-out.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


POPULAR PERFUME



 POPULAR PARFUM

Keistimewaan
  • Bebas dari alkohol
  • Harumannya wangi dan kekal lama
  • Memberi daya penarik kepada si pemakai