AIR SUAM
- Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air suam sederhana panas. Elak dari merendamnya dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mencederakan urat mata.
- Setelah itu, perah kain tersebut dan letakkan di bahagian mata.
- Tenang dan rehat kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata.
- Biarkan selama 10 minit dan anda pasti akan merasa kesegarannya.
TIMUN
Umum tahu timun adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Selain itu, timun juga mampu membuat mata kelihatan segar dan menghilangkan sembap bawah mata. Praktikkan cara mudah ini untuk kembalikan kesegaran mata dengan secepatnya:
- Ambil timun yang disimpan sejuk dalam peti sejuk.
- Kemudian, hiris timun dengan sederhana nipis.
- Pejamkan mata dan letakkan timun yang dihiris tersebut ke atas kelopak mata dengan posisi baring.
- Biarkan selama 10 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegarannya serta sembap di bawah mata akan turut berkurangan. Cubalah!
TEH HIJAU
Ramai yang tidak tahu akan khasiat teh hijau. Teh hijau mempunyai seribu satu khasiat yang mampu membuat anda seakan tidak percaya tentang fakta teh hijau ini. Selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh hijau juga dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, anda patut cuba kaedah ini:
- Rendam uncang teh hijau dengan air suam. Kemudian letakkannya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lakukan kaedah ini tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama kelamaan akan hilang sepenuhnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.
Khasiat
- Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
- Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
- Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
- Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
- Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
- Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.
Bahan-bahan
- Serbuk koko hitam yang berkualiti
- Susu kambing
- Kismis
- Madu
- Krimer
- Gula
- Malt
- Gingko Biloba
- Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
- DHA
- mineral.
Cara Hidangan
- Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
- Boleh dimakan begitu sahaja.
- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.