Sebelum anda menghabiskan wang anda untuk membeli pelbagai alat kecantikan wajah, mungkin anda boleh cuba menggunakan barang di dapur yang anda selalu gunakan. Sebenarnya terdapat banyak barangan harian yang boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mencantikkan wajah. Pernah tak anda terfikir untuk menggunakan sudu sebagai pengganti eyelashes curler anda?
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Hangatkan sudu teh atau sudu biasa anda dengan sedikit air suam ( kerana menggunakan sudu sejuk sudah tentu tidak membuatkan anda selesa ).
2. Tekan belakang sudu ke bahagian bulu mata anda dan tahan untuk beberapa saat.
3. Kemudian, letakkan maskara anda seperti biasa dan bulu mata anda sudah pasti melentik sepanjang hari!.
Tips bulu mata yang sihat : Apabila anda melentikkan bulu mata dan meletakkan maskara setiap hari, anda akan melemahkan struktur bulu mata anda, jadi cuba letakkan kelapa, minyak kastor atau minyak zaitun pada bulu mata anda dengan jari sebelum tidur setiap malam. Dengan cara ini, bulu mata anda secara semulajadi akan terhidrat, subur dan kuat.
Sekarang kami nak kongsikan video mengenai kegunaan sudu untuk kecantikan wajah anda, selamat mencuba!
https://youtu.be/xqiuL_T9Ep4
=========================================================
RE’ RAMBUT
Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan masalah rambut terjadi seperti gejala hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang, juga faktor usia boleh menyumbang kepada masalah kepala botak dan gugur. Ia akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan kehidupan seharian terjejas.
Dengan menggunakan produk Re’ Rambut, masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan senang dan cepat.
Re’ Rambut ini disediakan dalam bentuk roll-on dan hanya perlu disapukan pada tempat-tempat yang bermasalah seperti di kulit kepala, kening malah misai juga boleh digunakan.Urut perlahan selepas disapu supaya serum ini dapat meresap dengan lebih cepat.
Baunya yang harum dan teksturnya yang tidak berminyak memudahkan kita untuk menggunakannya di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Kebaikan
· Rambut gugur
· Rambut beruban
· Kulit kepala berkelemumur
· Kepala botak
· Kening nipis
· Misai dan janggut tidak lebat atau beruban
Cara penggunaan
- Sapukan di bahagian yang berkenaan dan urut perlahan.
Bahan-bahan
–Diperkaya dengan ginseng, vitamin E, nufera oil dan ramuan-ramuan terpilih.